Kenyataan Media Tian Chua
Zahid Hamidi Enggan Ambil Tindakan Serta-merta
Cuba Politikkan Pencerobohan Lahad Datu?
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN) Tian Chua berkata , tindakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang , yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, tapi membuat keputusan menyerahkan maklumat tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), telah mempolitikkan insiden yang membabitkan keselamatan negara ini.
“Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita adalah perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan oleh Ahmad Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tempoh pilihan raya baru beritahu, malahan menegaskan akan ambil tindakan selepas PRU13. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi sahaja, mempolitikkan isu tersebut.”
Ahmad Zahid membuat kenyataan di atas melalui Bernama pada 26 April 2013. Beliau tidak mengumumkan nama pemimpin pembangkang yang dikatakan menjadi dalang insiden itu, beliau hanya menegaskan tidak mahu dianggap sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas PRU13 nanti.