KUALA LUMPUR 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, pengumuman Najib bahawa defisit turun dari 5.6 % pada 2010 kepada 5.0 % pada 2011 adalah tidak benar, disebabkan sikap boros kerajaan berbelanja besar melalui cara off-budget.
“Suka Pas dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini,” katanya.
Katanya, kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam belanjawan tetapi juga di luar belanjawan atau perbelanjaanoff-balance sheet.
Ia katanya dalam bentuk Liabiliti luar jangka (contingent liablities) iaitu hutang kepada pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti IMDB, SPNB, PTPTN, MAS dan lain-lain yang dijamin kerajaan Pusat.