Dari Rakyat! Kepada Rakyat! Untuk Rakyat! | email us : rakyatmalaysia57@gmail.com
Saturday, 3 December 2011
RUU Perhimpunanan Awam | PAS saman PM hari ini
Di Post by
Unknown
at
08:40
Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)Comments (0)

Labels:
ruu perhimpunan awam
Friday, 2 December 2011
Pasar Kajang banjir [ video ]
Maklumat dari orang awam, banjir berlaku di sekitat metro, pasar kajang. Kasihan mereka! Banjir Mengejut.
Lihat Video dibawah !
Labels:
Banjir Kajang,
Metro Kajang,
Pasar Kajang
JINGGA 13 kecewa dengan konspirasi bersihkan lembu sharizat sekeluarga
KUALA LUMPUR, 2 Dis — Jingga 13 amat kesal dengan kenyataan polis semalam bahawa siasatan awal mendapati tiada unsur pecah amanah jenayah dalam kes melibatkan skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Labels:
lembu umno,
NFC,
shahrizat
Mesti turun ramai2 kalau tak mau kena pijak
GOLONGAN pekerja akan mengadakan perhimpunan sekali lagi bagi membantah pindaan akta pekerja 1955 pada pukul 5 petang ini di dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam.
Maklumat diperolehi dari laman facebook Pak Syed Shahir [facebook ].

Labels:
Akta Kerja 1955
17 Bukti Umno derhaka kat Raja Melayu
![]() |
kemesraan DYMM Sultan Kedah bersama MB Kedah. ''KEDAH SEJAHTERA'' |
2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
Labels:
derhaka raja,
lembu umno
Thursday, 1 December 2011
Rasuah | Lembu di PWTC nak meroyan tak?
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
Polis Cuba bersihkan Nama Tauke Lembu | Shahrizat

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara adalah satu cubaan untuk membersihkan nama keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata bukti-bukti dikemukan KEADILAN mengenai penyelewengan dana rakyat sebanyak RM250 juta adalah jelas.
“Saya kesal dengan kenyataan (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar kerana dengan bukti-bukti yang dikemukan telah jelas mereka salah guna duit rakyat. Dan kenyataan itu hanya dibuat sekadar nak membersihkan nama beliau (Shahrizat). .
Labels:
lembu umno,
shahrizat
Hobi Pelik Warga Emas | Hidangan harian adalah sabun
KUALA KANGSAR: Seorang warga emas mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik Encik Mohd Razali Ishak, 63 tahun, yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang, pada mulanya beranggapan bahawa beliau tidak waras.
Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik Encik Mohd Razali Ishak, 63 tahun, yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang, pada mulanya beranggapan bahawa beliau tidak waras.
Labels:
hobe pelik
Umno terus gelisah - Dr Asri
Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Hudud | Disebalik hukum Perlaksanaan Hudud
Hudud dari segi bahasa bermaksud HUDUD bererti menahan atau mencegah. Dari Segi istilah, Hudud ditakrifkan sebagai Undang-undang Islam yang ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak ALLAH S.W.T. Kadar Hukumannya tidak boleh DIPINDA atau sama ada dikurangkan atau ditambah.
Mengapa perlu takut dengan hukuman HUDUD ?
Mengapa perlu hina ketetapan ALLAH S.W.T yang diturunkan dalam Al-Quran ?
Mengapa perlu takut dengan hukuman HUDUD ?
Mengapa perlu hina ketetapan ALLAH S.W.T yang diturunkan dalam Al-Quran ?
Labels:
hudud,
lembu umno
DEDAH !! Skandal NFC | Dana NFC diseleweng dan kantoi lagi
![]() |
gambar hiasan |
1. Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
Labels:
lembu umno,
shahrizat
Wednesday, 30 November 2011
Gempar ?? | Kiamat 2012
2 bulan lagi tu..
emm JGN percaya dlu,
... ... akan tetapi...
Kiamat menurut Agama Islam
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
Gara-gara umno Perhimpunan Agung UMNO,semua peminat Cinta Elysa maki hamun
RATUSAN peminat drama Cinta Elysa marah dan memaki hamun Umno di laman Facebook rasmi drama bersiri popular itu.

Semua ini gara-gara tidak dapat menonton siri tersebut malam semalam kerana stesen televisyen yang menayangkannya bertindak memberi laluan untuk siaran langsung Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Labels:
lembu umno
12 Keajaiban Rosmah Mansur yang rakyat patut tahu
Ramai orang tak perasan bahawa rosmah mansur mempunyai banyak kelebihan2 yang hebat berbanding isteri2 Perdana Menteri Malaysia yang lain. Mari kita lihat kelebihan2 rosmah mansur sejenak. Tak rugi larh kalau amek tahu kelebihan2 rosmah mansur neh kalau korang bercita2 nak jadi isteri perdana menteri kelak. Heh.
Kelebihan rosmah mansur.
1. Isteri perdana menteri paling cantik.
Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?
Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama Rosmah Mansur = RM. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.
Labels:
rosmah mansur
Mesti Baca!! 18 Bukti umporno mengkhianati Melayu!!
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. Umno telah meminda perlembagaan menghad kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan menganggu kebebasan penghakiman dan memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu serta tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan sehingga ke hari ini.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan menganggu kebebasan penghakiman dan memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu serta tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan sehingga ke hari ini.
Najib jangka pilihan raya beri cabaran 'luar biasa'
Dari Kuala Lumpur: PILIHAN raya umum (PRU) ke-13 Malaysia dijangka memberi cabaran 'luar biasa' dan ujian paling getir.Justeru, para anggota Umno telah diminta supaya lebih mengutamakan perpaduan parti.Demikian pesanan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada para anggota perwakilan parti itu semasa memberi taklimat sempena Perhimpunan Agung Umno ke-62 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, semalam.
Labels:
Najib Tun Razak,
pru13
[Video] Akhirnya Rakyat Malaysia Dihukum Oleh Kera Jaan Be End!!!
Saksikanlah video ini :
Labels:
himpun aman
Tuesday, 29 November 2011
[Video] Adakah ini Perhimpunan Aman Terakhir Bagi Rakyat Malaysia??
Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.
Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.
Saksikanlah saat-saat apabila lebih seribu rakyat Malaysia berhimpun bagi menghalang Bil Perhimpunan ini dari diluluskan!!!!
Dari TVPAS
Dari TVSelangor
Dari Malaysiakini
Labels:
himpun aman
Najib dan Be End Bacul Kerana Luluskan Bil Perhimpunan Awam
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen. Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya. Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Mereka juga membantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu. Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman. Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan. Jumaat lalu,
Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.
Bantahan terhadap Bil Perhimpunan Awam petang tadi menyaksikan peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Dengan disertai NGO/Badan Bukan Kerajaan, mereka telah berarak sepanjang 2 km ke Bangunan Parlimen sebelum disekat oleh Pasukan Polis Bantuan.
Mereka terus berhimpun sambil menyanyi lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali. Sementara itu sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen. Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan.
Akhirnya pada jam 1.06 petang, Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Mereka juga membantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu. Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman. Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan. Jumaat lalu,

Bantahan terhadap Bil Perhimpunan Awam petang tadi menyaksikan peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Dengan disertai NGO/Badan Bukan Kerajaan, mereka telah berarak sepanjang 2 km ke Bangunan Parlimen sebelum disekat oleh Pasukan Polis Bantuan.
Mereka terus berhimpun sambil menyanyi lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali. Sementara itu sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen. Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan.
Akhirnya pada jam 1.06 petang, Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WARTA JINGGA : APABILA DIRASAKAN TALI HAYATNYA SUDAH HAMPIR BERAKHIR, BERMACAM-MACAM CARA YANG DIGUNAKANNYA, WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI TENTANGAN DARI PELBAGAI PIHAK! INILAH YANG AMAT DITAKUTI OLEH NAJIB DAN BE END SELAMA INI SEHINGGA MEREKA TERPAKSA MENGGUNAKAN AKTA UNTUK MENYEKAT SERTA MENGHALANG RAKYAT DARI BERHIMPUN BAGI MELUAHKAN KETIDAKPUASAN HATI MEREKA!!!!
Labels:
bacul,
Najib Tun Razak
Wanita bekas Penyokong MCA lawat Nik Aziz
Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.
KOTA BHARU, 28 Nov 11: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan DHPP di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Labels:
lembu umno,
Nik Aziz
Jangan panggil saya ''Dr Rozmey'' lagi kerana ''Dr'' saya sudah digantung!
Laaa.. dah kena lucut ka? Sila rujuk statement bawah neh ;
Gelaran doktor pada doktor rozmey telah pun ditarikbalik berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika [dalam bidang perubatan]. Alasan lebih spesifik tercatat di atas neh. Rupanya selama neh dia menipu tentang diri dia yang konon nya pakar dalam menguruskan pesakit obesiti [penyelidikan]. Hahaha.. aduhai.. rozmey2. Kenapa lah nak menipu.
Seorang doktor yang rupanya belajar perubatan bertahun2 lamanya, akhirnya gunakan ilmu yang dia ada untuk tipu orang agar segera jadi kayarayawan yerk? Sebenarnya nak meniaga tak salah. Tapi gunalah etika yang betul. Tak perlu lah nak menipu semua tue. Bila dah kantoi kan dah malu. Macam mana?
Hopefully doktor rozmey belajar lah dari pengajaran kali neh.Manusia mana yang tak pernah buat salah. Bila dah faham diri sendiri tue bersalah, eloklah cepat2 ubah. Jangan lagi nak tegakkan cendawan yang dah masak. Hhahahah..
Herk.. silap. Mana boleh panggil dia doktor lagi kan? Rozmey je lah.. hah? Ada yang panggil dia cendawan? Lepak lah weh.. tak elok.. hahaha.. cendawan pun tension taw..
warta jingga : adoii rupanya yg tersergam indah kedai dia kt tanah merah,jitra tu kaki penipu!!
source : sozcyili
PANAS!! Gambar penjaga gol Malaysia dengan botol arak tersebar?
KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 tahun, sekali lagi dilanda kontroversi berkaitan lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog-blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman-laman portal hiburan itu malam Sabtu lalu dilakukan oleh seorang individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan, dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol pasukan Malaysia itu, yang turut popular dengan gelaran 'Apek', lapor akhbar Harian Metro, semalam.
Seakan-akan menerima nasib malang buat kali kedua, Khairul Fahmi, yang putus tunang pada 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22 tahun, kini dikaitkan dengan kontroversi panas.Ini selepas beberapa gambarnya bersama kekasihnya, Dahlia Teck, tersebar luas menerusi Internet termasuk ketika mereka berada di Singapura dan di tempat yang eksklusif.
Namun, pada 2 November lalu, Khairul Fahmi sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck, yang diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Italy di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dengan beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.Khairul Fahmi, bagaimanapun, menafikan dia meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak di tempat itu, menurut laporan Harian Metro.
Bagaimanapun, walaupun beliau menafikan perbuatan itu, Khairul Fahmi tetap ditegur oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, kerana disabitkan sebagai bersubahat.Selain penyebaran lima gambar Khairul Fahmi itu, dua paparan mesej melalui khidmat Blackberry Messenger (BBM) juga dimuat naik menunjukkan kononnya penjaga gol itu sedang bertengkar dengan gadis yang sama.
Semasa dihubungi kelmarin oleh Harian Metro bagi memastikan kesahihan isu tersebut, Khairul Fahmi, bagaimanapun, enggan mengulas perkara itu dan hanya mahu menumpukan tumpuan penuhnya kepada bola sepak dan perlawanan Malaysia menentang Bahrain malam kelmarin.'No komen... Saya tak mahu mengulas apa-apa kerana saya mahu fokus pada game (perlawanan) malam ini (malam kelmarin). Saya mahu berehat dan berlatih...' kata Khairul Fahmi.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, meminta supaya ahli sukan tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjaya mereka sebagai ahli sukan.Mengenai kes ini, beliau berkata terlalu awal bagi pihaknya mengulas.
Labels:
Bola Sepak Malaysia,
Khairul Fahmi
[edisi bergambar] remaja kantoi bercium dan raba payudara di tempat awam

Saya petik:
[SH] KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Labels:
raba tetek,
Remaja,
sosial
bomoh rakam foto gadis bogel

Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April tahun ini.
Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata mangsa yang dikenali sebagai Loh, 21, mengenali bomoh itu, 50, ketika sedang bercuti bersama rakan dan keluarganya dua tahun lepas.
Labels:
rogol
Monday, 28 November 2011
HOPE 2 WALK
Misi mengumpul dana RM 500,000 untuk pembiayaan rawatan dan persekolahan untuk Annisa dan An-Nur ke luar negara.. HOPE 2 WALK dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Maybank
Mohd Affandi bin Ramli (bapa)
No akaun : 1561 1400 1424
sebarang pertanyaan sila hubungi :-
FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373
ZUMRAH HUSNI - 013 397 4050
PAGE DI FB : HOPE 2 WALK
Video ini menunjukkan salah satu cara sahabat kita semasa Kongres PKR baru-baru ini, untuk bersama-sama mengumpul dana untuk adik An-nur & Annisa..
Labels:
hope2walk
PANAS!! Ogy akan saman Johan Raja Lawak!
KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini.
Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.
Labels:
Artis malaysia,
johan,
ogy saman,
raja lawak
Mari Kita Berhimpun Beramai-Ramai !!!
Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua. Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.

"Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.
"Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu.
Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.
Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.
Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai. Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.
"Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu.
Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.
"Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini."
Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.
Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.
Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.
sumber: malaysiakini
WARTA JINGGA: NGO JINGGA13 JUGA AKAN MENYERTAINYA... JOM BERAMAI-RAMAI KITA BERHIMPUN DISANA!!
WARTA JINGGA: NGO JINGGA13 JUGA AKAN MENYERTAINYA... JOM BERAMAI-RAMAI KITA BERHIMPUN DISANA!!
Labels:
bersih 3.0
Selangor dapat wifi percuma mulai tahun depan? Negeri lain bila lagi?
LANGKAH Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.
Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid merangka strategi informasi sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran" katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong, ujar beliau lagi.
"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.
Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.
Sumber: Free Malays
Warta Jingga : Jom ramai-ramai kita berhijrah ke Selangor :)
Labels:
selangorku
PAS AKAN SERTAI BERSIH 3.0!!
Apabila Tuntutan Rakyat Pada Bersih 2.0 Tidak Dipedulikan Oleh Pemerintah... Inilah Yang Akan Menyusul
Jangan Salahkan Rakyat Jika BERSIH 3.0 Diadakan!!
Labels:
umno penipu
Sunday, 27 November 2011
PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara. Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.
"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.
Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu. Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.
Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti. "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.
"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan. Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.
Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008. "Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.
"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit? "Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi.
Salhan K Ahmad Msia kini
Labels:
Anwar Ibrahim,
KeADILAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rakan Facebook Jingga 13
Blog Archive
-
►
2013
(76)
- ► 19 May - 26 May (2)
- ► 28 April - 5 May (1)
- ► 21 April - 28 April (3)
- ► 14 April - 21 April (12)
- ► 7 April - 14 April (12)
- ► 31 March - 7 April (20)
- ► 24 March - 31 March (26)
-
►
2012
(432)
- ► 29 July - 5 August (1)
- ► 10 June - 17 June (1)
- ► 3 June - 10 June (6)
- ► 27 May - 3 June (8)
- ► 20 May - 27 May (11)
- ► 13 May - 20 May (19)
- ► 6 May - 13 May (23)
- ► 29 April - 6 May (24)
- ► 22 April - 29 April (22)
- ► 15 April - 22 April (22)
- ► 8 April - 15 April (18)
- ► 1 April - 8 April (32)
- ► 25 March - 1 April (19)
- ► 18 March - 25 March (19)
- ► 11 March - 18 March (20)
- ► 4 March - 11 March (12)
- ► 26 February - 4 March (17)
- ► 29 January - 5 February (30)
- ► 22 January - 29 January (27)
- ► 1 January - 8 January (21)
-
▼
2011
(223)
- ► 25 December - 1 January (16)
-
▼
27 November - 4 December
(35)
- RUU Perhimpunanan Awam | PAS saman PM hari ini
- Pasar Kajang banjir [ video ]
- JINGGA 13 kecewa dengan konspirasi bersihkan lembu...
- Mesti turun ramai2 kalau tak mau kena pijak
- 17 Bukti Umno derhaka kat Raja Melayu
- Rasuah | Lembu di PWTC nak meroyan tak?
- Polis Cuba bersihkan Nama Tauke Lembu | Shahrizat
- Hobi Pelik Warga Emas | Hidangan harian adalah sabun
- Umno terus gelisah - Dr Asri
- Hudud | Disebalik hukum Perlaksanaan Hudud
- DEDAH !! Skandal NFC | Dana NFC diseleweng dan kan...
- Perbezaan Dua Pemimpin Kaum Hawa!
- Gempar ?? | Kiamat 2012
- Gara-gara umno Perhimpunan Agung UMNO,semua pemina...
- 12 Keajaiban Rosmah Mansur yang rakyat patut tahu
- Mesti Baca!! 18 Bukti umporno mengkhianati Melayu!!
- Najib jangka pilihan raya beri cabaran 'luar biasa'
- [Video] Akhirnya Rakyat Malaysia Dihukum Oleh Kera...
- [Video] Adakah ini Perhimpunan Aman Terakhir Bagi ...
- Najib dan Be End Bacul Kerana Luluskan Bil Perhimp...
- Wanita bekas Penyokong MCA lawat Nik Aziz
- Jangan panggil saya ''Dr Rozmey'' lagi kerana ''Dr...
- PANAS!! Gambar penjaga gol Malaysia dengan botol a...
- [edisi bergambar] remaja kantoi bercium dan raba p...
- bomoh rakam foto gadis bogel
- HOPE 2 WALK
- PANAS!! Ogy akan saman Johan Raja Lawak!
- Mari Kita Berhimpun Beramai-Ramai !!!
- Selangor dapat wifi percuma mulai tahun depan? Neg...
- PAS AKAN SERTAI BERSIH 3.0!!
- PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat
- Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar
- MB Pahang jadikan Kuantan sebagai ''tong sampah'' ...
- Cristiano Ronaldo jadi saksi skandal seks bebas PM
- SALAM MAAL HIJRAH 1433H
- ► 30 October - 6 November (35)
- ► 23 October - 30 October (17)
- ► 16 October - 23 October (32)