PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 27 November 2011

Cristiano Ronaldo jadi saksi skandal seks bebas PM


Kronologi skandal panas mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang membabitkan pelacur Morocco bawah umur, belum berakhir. Kali ini episod baru terbuka lagi, apabila mahkamah di Milan mengarahkan aktor tersohor Hollywood, George Clooney  dan bintang bola sepak Portugis, Cristiano Ronaldo tampil sebagai saksi pembelaan kes skandal Berlusconi.

Clooney dan Cristiano adalah antara dua daripada 200 saksi yang dipanggil oleh mahkamah Milan sebagai penuntut dan pembela. Selain Clooney, bekas kekasih aktor tersebut, Elisabetta Canalis turut dipanggil menjadi saksi bersama-sama Clooney.
Peguam Berlusconi, memasukkan nama pasangan tersebut sebagai saksi kes kerana mereka dipercayai berada di rumah bekas Perdana Menteri tersebut ketika kejadian ‘panas’ antara Berlusconi dan Karima El Mahroug atau nama pentasnya, ‘Ruby the Heart Stealer’ berlaku.
Ruby yang berusia 17 tahun pada kejadian itu berlaku kini berusia 18 tahun dan sedang hamil.
Clooney, lewat kenyataannya di Time Magazine menyatakan kesediannya menjadi saksi namun mengakui tidak tahu menahu tentang skandal tersebut yang berlaku ketika parti liar, ‘bunga-bunga’ yang diadakan di villa mewah Berlusconi.
Aktor tersebut turut memberitahu yang dia ada mengunjungi kediaman mewah mantan PM Itali itu sekali untuk meminta bantuan ke atas Darfur dan menolak ajakan Berlusconi yang memintanya menyertai parti tersebut.
“Saya tidak ada di parti ‘bunga-bunga’ walaupun dijemput oleh Berlusconi, kami membincangkan tentang darfur dan kemudian menolak ajakan beliau dengan baik sebelum beredar meninggalkan kediaman beliau sejurus selepas perbincangan kami selesai,” ujar Clooney lagi.
Peguam Cristiano bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan penyerang kelab Real Madrid itu tidak berada di bandar tersebut pada tarikh kejadian itu berlaku.

WARTA JINGGA: SIAPA PULAK YANG AKAN JADI SAKSI SKANDAL AN-NAJIBURI ALTANTUNYA??

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...