Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen. Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya. Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini. Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil. Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Mereka juga membantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.
Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu. Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman. Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan. Jumaat lalu,
Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.
Bantahan terhadap Bil Perhimpunan Awam petang tadi menyaksikan peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Dengan disertai NGO/Badan Bukan Kerajaan, mereka telah berarak sepanjang 2 km ke Bangunan Parlimen sebelum disekat oleh Pasukan Polis Bantuan.
Mereka terus berhimpun sambil menyanyi lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali. Sementara itu sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen. Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen. Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan.
Akhirnya pada jam 1.06 petang, Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WARTA JINGGA : APABILA DIRASAKAN TALI HAYATNYA SUDAH HAMPIR BERAKHIR, BERMACAM-MACAM CARA YANG DIGUNAKANNYA, WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI TENTANGAN DARI PELBAGAI PIHAK! INILAH YANG AMAT DITAKUTI OLEH NAJIB DAN BE END SELAMA INI SEHINGGA MEREKA TERPAKSA MENGGUNAKAN AKTA UNTUK MENYEKAT SERTA MENGHALANG RAKYAT DARI BERHIMPUN BAGI MELUAHKAN KETIDAKPUASAN HATI MEREKA!!!!