PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 1 December 2011

Hobi Pelik Warga Emas | Hidangan harian adalah sabun

KUALA KANGSAR: Seorang warga emas mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik Encik Mohd Razali Ishak, 63 tahun, yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang, pada mulanya beranggapan bahawa beliau tidak waras.


'Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya, ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu.'Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

'Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,' kata bapa sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu.'Saya mengakui beberapa tahun pertama (memakan sabun) dulu, bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak dan isteri juga menyatakan saya gila.

'Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras.'Menurutnya, sehingga sekarang beliau masih tidak tahu punca dan kenapa beliau memiliki tabiat pelik itu.

'Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab saya buat begitu,' katanya.Sementara itu, anaknya, Cik Roslinda Mohd Razali, 32 tahun, berkata beliau dan adik-beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

'Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Oleh itu saya berharap ada pihak yang boleh membantu merawat penyakit 'unik' ayah ini.'Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,' kata beliau. -- Harian Metro.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...