PETALING JAYA 16 Mei: Bekas pemandu peribadi Zahida Rafik mendedahkan, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal membayar pelakon terkenal itu sebanyak RM1 juta.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi, Noor Azman Azemi, 38, yang ditemani ibu saudaranya, yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), Tengku Intan Tengku Abd Hamid, mengakui wang itu dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida pada tahun lepas.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang dimuatkan dalam beg sebelum memasukkannya bersama Zahida ke dalam akaun dan terkejut kerana itu jumlah terbesar yang pernah beliau bawa ke bank.
Azman yang pertama kali muncul di khalayak umum memberitahu, demi hubungan istimewa dengan Zahida, Shafie memberikan pelakon itu RM100,000 hingga RM200,000 ke akaun Zahida setiap kali pertemuan di hotel sekitar Kuala Lumpur.
“Sepanjang tiga tahun saya bekerja sebagai pemandu, Shafie akan memberikan RM100,000 hingga RM200,000 setiap kali berjumpa. Mereka akan bertemu sebulan empat kali. Semua duit yang diberikan itu akan diberikan secara tunai.