Hari Ahad malam Isnin, 13 Mei 2012, ada dua ceramah menarik. Satu di Sungai Rokam dan satu lagi di Tualang Sekah.
Kalau ikutkan hati muda, aku nak tengok ceramah di Sungai Rokam sebab ada muzik, ada penceramah cun dan ada bihun sup. Kat Tualang Sekah cuma ada sorang penceramah yang tak dikenali. Memang la ada Niar sebagai penceramah kedua, tapi ceramah Nizar aku dah biasa tengok.
Tapi pikir-punya pikir, aku memilih untuk ke Tualang Sekah sebab penceramah pertama, Ra’ie Yusop ni aku belum pernah tengok dia berceramah. Aku cuma biasa tengok dia berpuisi semasa Forum Teluk Rubiah dengan puisinya yang bertajuk “Bila PM datang”. Lagipun, dalam ceramah tu, dia nak bercakap tentang sapa gadai tanah Melayu.
Ceramah start pukul 9.30 malam. Biasala..kalau cakap pukul 9.00 pun, mesti start 9.30 malam.
Ra’ie Yusop berceramah pukul 10.00 malam dan Nizar dijadualkan pukul 11 malam. Lepas pekena kacang rebus dan kopi O, aku pasang videocam dan duduk depan rostrum. Tak ada pentas pun.
Tengah sedap aku merakam ceramah Ra’ie, aku dengar Nizar dah lepas ke ceramah Umno yang tak jauh dari situ. Nasib baik ada member yang ikut..tu pun sampai lambat sikit. At least, dapat juga dia ambik video dan gambar.
10.50 malam, Nizar dah datang balik ketempat ceramah PAS. Maknanya, Nizar berada di tempat ceramah Umno tidak kurang dari 40 minit.
Lepas habis ceramah, aku mintak kat Nizar gambar dan video masa dia pergi ceramah Umno. Ingatkan bila balik, boleh terus upload tapi hampeh..internet pulak kaput. Tak tau la pasai apa..sejak nak pilihanraya ni, internet selalu saja meragam. Aku tunggu sampai pukul 6 pagi tapi tak berjaya nak upload video.
Lepas hantar anak kesekolah, aku terus tidor sampai pukul 12 tengahari.
Bila bangkit tidor, dah riuh rendah dalam Facebook, Twittertentang cerita Nizar pergi ceramah Umno. Malaysiakini pun buat cerita tentang tu. Cilaka betui..kalau la internet bagus, dah tentu posting aku meletup.
Menjelang petang, blog-blog Umno pulak membuat serangan balas. Video dibawah ini dugunakan sebagai bukti Nizar terus berbohong. Malah ayat yang digunakan memang dirancang dan distrategikan. Dari dalam sidang DUN sampai ketempat ceramah, ayat yang sama digunakan iaitu..”Nizar pembohong”.
Orang bodoh memang selalu kena bohong, terutamanya orang Melayu Umno. Cuba baca berita dalam Malaysiakini (disini) , ataupun FB Sahabat Ds Nizar (di sini ). Ataupun di Twitter DS Nizar. (cari sendiri).
Kemudian bandingkan dengan ayat dalam video yang dikeluarkan oleh orang Umno dibawah. Dalam caption di Youtube, pembuat video telah menulis yang ini..
“nizar dlm twitternya menyebut bahawa kedatangannya menyergah di Ceramah UMNO di Tualang Sekah menyebabkan penceramah terkedu dan tidak meneruskan ceramah..saksikanlah apa yg telah berlaku sebenarnya…. mmg muka x malu nizar meroyan ni”
Adakah Nizar bernah berkata bahawa Hanapiah Man terus berhenti berceramah sebaik saja dia datang? Kalau tak menipu…bukan Umno. Kemudian pembuat video menyuruh kita menyaksikan apa yang berlaku sebenarnya. Apakah yang ada dalam video itu perkara sebenarnya berlaku?
Apa pun, perhatikan video tersebut. Dalam minit 1.56, Hanapiah Man terkejut bila mengetahui Nizar sampai. Sebelum tu dia cukup seronok menghentam Nizar, tapi bila nampak Nizar, dia terkedu dan tak boleh bercakap..dia terus berhenti dan tayang video.
Minit 4.48, video dipotong dan keluar caption, “Dengan ayat ini, Nizar Jamaludin terus membawa diri.” Bohong!! Dan seperti biasa, kalau tak bohong..itu bukan Umno.
(Perhatikan muka Hanapiah Man bila Nizar bersalam dengannya. Cakap pun tak betul..”Dia bagi tau saya…dia tanya saya..dulu nak berdebat dengan Zambry..” Ngeletor bunyinye Yob!! Apaka ke hajapnye Nizar nak bagi tau atau nak tanya kat Hanapiah Man pasai debat dengan Zambry?)
Sebenarnya, selepas minit 4.48 dalam video Umno diatas sekali, ada dua lagi video yang ditayang oleh Hanapiah Man. Satu tentang Ambiga dan satu lagi tentang Anwar Ibrahim. Nizar masih ada disitu dan hanya balik pukul 10.45 malam sebab giliran ceramahnya diceramah Pas pukul 11 malam.
Kalau nak siarkan keseluruhan video, panjang sangat. Aku cuma ambik bahagian dimana Nizar nak balik. Sori la..gambar tak berapa cerah sebab dizoom dari jauh.
Bila Nizar balik ke ceramah Pas, dia bercerita dengan terperinci tentang apa yang berlaku. Dengar baik-baik dan kalau tak paham bahasa Perak, jangan salahkan aku.