PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 27 November 2011

MB Pahang jadikan Kuantan sebagai ''tong sampah'' radioaktif?


JOHOR BAHRU 27 Nov: Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob bakal berdepan tindakan mahkamah kerana bertanggungjawab menjadikan Malaysia ‘tong sampah’ sisaradioaktif, kata Lee Chean Chung.
Ini kerana, kata perwakilan dari Pahang itu, Adnan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiarkan loji memproses nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia walaupun ia dibantah majoriti rakyat.

“Gabungan anti-Lynas di Kuantan yang dianggotai pelbagai golongan rakyat akan mengheret Adnan, Lynas dan agensi berkaitan ke mahkamah kerana maklumat baru yang kita terima Lynas bakal beroperasi secara rasmi bermula Disember ini,” katanya.
Chean Chung membuat gesaan itu sewaktu membahaskan tajuk ‘Melestarikan Alam Sekitar’ pada Kongres KEADILAN hari ini.
Menurutnya, loji itu memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada rakyat Malaysia.
“Pertama, operasi Lynas membazirkan RM900 juta wang rakyat selain kita bakal berdepan kesan radioaktif selama 14 bilion tahun,” katanya.
Beliau turut membidas dakwaan Umno kononnya Lynas turut membekalkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Peluang kerja 200 jawatan sahaja, tetapi tanah rakyat dirampas seluar 100 ekar. “Maknanya, setiap hanya dua orang berpeluang untuk bekerja di tanah seluas dua ekar secara nisbahnya,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru perwakilan memahami dengan baik isu Lynas ini seterusnya menerangkannya dengan bahasa paling mudah kepada seluruh rakyat.
Warta Jingga : "Rakyat di'dungu'kan, duit diu'tamak'kan"

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...