PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 18 February 2012

Labuan : Bebas Cukai Tapi ..

Harga Barang Tetap Naik…… Pulau Bebas Cukai

Bandar Labuan - Bebas Cukai Tapi Harga Barang Naik(BN)!
Labuan, meskipun kepulauan yang bebas cukai, cuma terkenal kerana harga minuman keras dan kenderaannya yang murah. Yang lain-lainnya, termasuklah barangan pengguna seperti kelengkapan elektrik amat mahal kerana barangan ini tidak dimport secara terus ke Labuan. Harga barang keperluan asas adalah 20%-30% lebih mahal berbanding dengan negeri lain.


Keadaan ini disebabkan barangan ke Labuan akan terlebih dahulu dihantar dari Pelabuhan Klang ke tanah besar Sabah, melibatkan kos pengangkutan dan tambang yang tinggi yang sekaligus menyaksikan harga produk yang lebih mahal apabila tiba di Labuan, walaupun labuan diiktiraf zon bebas cukai. Pengerusi Labuan Consumers Action Council, berkata jika tidak ada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan, status kepulauan bebas cukai yang diberikan kepada Labuan tidak lagi akan bersesuaian. Beliau menyarankan agar sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah di Menumbok, sebagai langkah mengatasi masalah pengangkutan itu. 

Kedai Bebas Cukai 1 Malaysia di Labuan, murah tapi rakyat

tetap hidup susah kerana harga Barang Naik (BN)
Sampai bilakah rakyat Labuan harus menerima pelbagai tekanan eknomi termasuk kenaikan harga barang yang mendadak berikutan kos pengendalian kontena pelabuhan swasta yang mahal? Apa gunanya status bebas cukai jika ia hanya menguntungkan sebilan
gan kecil individu tertentu sahaja?


Apa gunanya gelaran atau slogan yang mengkagumkan seperti “Pearl of Borneo, Where Business and Leisure Meet” jika ia tidak mambantu rakyat tempatan. Hakikat ini diakui sendiri oleh Datuk Tan Lian Hoe, 'Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ketika perjumpaan khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 3 ogos baru baru ini di Labuan.

Menurut beliau, faktor yang mendorong kepada kenaikan harga barangan tersebut adalah disebabkan kos pengangkutan tinggi untuk membawa masuk barangan dari Tanah Besar ke Labuan. Apabila harga kos pengangkutan mahal, secara tidak langsung harga barangan turut menjadi mahal dan membebankan para pengguna.

Oleh PKR Labuan 
Semakin ke hadapan melawan arus untuk menumbangkan BN/Umno Labuan  
Di terajui oleh Ketua PKR Labuan En. Simsudin Hj. Sedik

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...