PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 15 February 2012

Polis Buat Lawak? Sendiri Benarkan! Sendiri Tangkap & Soal Siasat?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II pada 9 Januari lalu. Beliau memberi keterangan dan disiasat di bawah seksyen 41 A Akta Hasutan 1948 di Balai Polis Kepong kira-kira jam 11.05 pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan, Azmin berkata terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh OCPD Sentul ACP Zakaria Pagan pada 30 Disember lalu, yang mendakwa Azmin akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9 Januari.

"Saya kecewa dan kesal atas tindakan ini kerana ia satu tindakan untuk menekan dan menutup suara Pakatan Rakyat dengan mengguna Akta Hasutan. "(Sedangkan) pada 6 Januari, pegawai (tertinggi) polis memberi kebenaran perhimpunan diadakan pada 9 Januari. Mengapa siasatan ini diteruskan. "Ini satu bentuk harrassment untuk senyapkan pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Ditanya apa yang ditanya dalam sesi keterangan tersebut, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menjelas antaranya adakah Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin turut terlibat menganjurkan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, Azmin menjawab bahawa beliau mengambil sikap untuk berdiam diri dan sedia memberi keterangan sekiranya di hadap ke mahkamah.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...