PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 17 February 2012

Pemimpin Malaysia Kaki Temberang?

KUALA LUMPUR 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, pengumuman Najib bahawa defisit turun dari 5.6 % pada 2010 kepada 5.0 %  pada 2011 adalah tidak benar, disebabkan sikap boros kerajaan berbelanja besar melalui cara off-budget.
“Suka Pas dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini,” katanya.
Katanya, kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam belanjawan tetapi juga di luar belanjawan atau perbelanjaanoff-balance sheet.
Ia katanya dalam bentuk Liabiliti luar jangka (contingent liablities) iaitu hutang kepada pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti IMDB, SPNB, PTPTN, MAS dan lain-lain yang dijamin kerajaan Pusat.
Hutang awam melebih paras 63% KDNK
Menurut Dr Dzulkefly, angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang ‘contingent liabillities’ sudah ke paras RM97 bilion.
“Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan  oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat terhad pada paras 55 % dari KDNK.
“Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!,” katanya merujuk laporan The Edge FinancialDaily hari ini dengan tajuk muka depannya menyatakan hutang awam sudah tidak lagi mapan.
Menurut beliau kepada Harakah Daily, Najib sekali lagi mahu ‘mengelabui’ mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan).
Katanya, selama 13 tahun kerajaan BN  berterusan berbelanja  dan berhutang besar samada semasa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi.
“Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!” kata beliau.
Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan ekonomi dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan  beban rakyat.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...