AIC (Anwar Ibrahim Club) menggegar Seri Pentas TV3 tadi untuk menghantar Memorandum Mendesak Media Prima berhad menghentikan serangan berat sebelah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Polemik Israel dan Palestin. Kehadiran Presiden AIC , Saifuddin Shafi Muhammad , Timbalan Presiden , Al-Azadi Aljohari dan dua Ahli AIC disambut puluhan wartawan dan penggiat media.
Memorandum yang dihantar itu mendesak TV3 supaya menghentikan serangan bertalu-talu yang dipercayai untuk membunuh karier politik ketua pembangkang Anwar Ibrahim,
Menurut Presiden AIC, "TV3 seharusnya tidak bersikap berat sebelah dengan melakukan serangan bertalu-talu tanpa memberi ruang Dato'Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kepada umum berhubung isu tersebut, AIC juga mendesak dengan kadar segera supaya diberikan ruang untuk Anwar Ibrahim menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya"
"Jika TV3 dan Media Prima dapat menberi ruang untuk Dato Seri Anwar menjawab isu ini, ia merupakan satu lembaran baru untuk mengembalikan kebebasan media yang sebenar"
Menurut Saifuddin lagi, TV3 seharusnya menyiarkan isu yang lebih penting penting buat rakyat, jangan sibuk bermain dengan isu yang hanya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu, sedangkan isu yang melibatkan kepentingan dan wang rakyat seperti skandal NFC tidak disiarkan, sedangkan ia lebih penting buat rakyat negara ini.
Memorandum yang dihantar oleh Saifuddin bagi mewakili AIC telah diterima oleh Mastura Adnan, Pengurus Besar Kumpulan, Perhubungan Koprat Media Prima dalam pertemuan ringkas itu.
Apakah TV3 khasnya akan mula berubah selepas ini, atau apakah penyerahan Memorandum ini sendiri akan diputarbelitkan ceritanya?, apa pendapat anda?
sumber: Tukang Lawan