PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 14 February 2012

Panas: Lembu Umno Dah Jadi Timbalan Menteri Paling Angkuh dan Biadap!!!

Inikah perangai seorang Timbalan Menteri di JPM?
KUALA LUMPUR 14 Feb: Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang yang angkuh dan biadap.

Beliau mengulas tindakan Ahmad Maslan semalam yang mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah, ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya.

“Saya sifatkan Ahmad Maslan manusia paling angkuh dan biadap, tanpa membaca cadangan yang dibawa oleh Buku Jingga. Sepatutnya baca dulu, kalau tak betul komen tentang apa yang tak betul. Bukan membakul sampahkan pandangan Pakatan Rakyat.

“Dia takut kerana buku Jingga merupakan satu cadangan yang memihak kepada rakyat. Kalau dia (Ahmad Maslan) berpihak kepada korporat, orang seumpama ini memang tidak akan setuju dengan Buku Jingga,” katanya.
Mengulas mengenai isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH), Suhaimi berkata Malaysia kini telah menuju kepada perjuangan membela golongan korporat tertentu dan bukan membela rakyat khususnya peneroka Felda.
Tambah beliau, Pakatan Rakyat merangka Buku Jingga untuk memberikan tawaran yang boleh mengubah kehidupan rakyat seperti pemansuhan Felda Plantation.
“Kita ambil contoh dari segi memansuhkan Felda Plantation, kita desak ia dimansuhkan dan tanah tersebut diagihkan kepada anak peneroka agar ia boleh dimanfaatkan berpuluh tahun.
“Sebaliknya, perjuangan mereka ialah memajakkan tanah Felda Plantation kepada FVGH selama 99 tahun dengan bayaran hanya sekitar RM500 juta.

“Sedangkan Felda Holding mendapat RM2.1 bilion setahun. Tetapi dengan pemajakan ini, menyebabkan Felda kekurangan (defisit) RM1.5 bilion. Dengan kekurangan ini, apa yang Felda boleh buat?,” soal beliau.
Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Maslan yang mahu mengadakan penerangan terbesar kepada peneroka mengenai isu itu, Suhaimi berkata Pakatan Rakyat telah lama memberi penjelasan mengenai keburukan jika FVGH disenarai dalam bursa saham.
“Kita berterusan memberi penerangan setiap malam, dan kita telah melancarkan kempen 100,000 tandatangan dari masyarakat Felda untuk diserahkan kepada PM. Kempen penerangan kita sudah berjalan dengan rancak di seluruh negara dan majoriti peneroka membantah penyenaraian ini,” tambah beliau.
Menurutnya lagi, KEADILAN menganjurkan ceramah perdana di Kuala Lumpur pada 29 Febuari ini, sehari sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung penyenaraian itu.
“Pada 30 Febuari kita anggarkan 5,000 hingga 6,000 peneroka akan ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Najib,” kata beliau.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...