PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 6 December 2011

PANAS!! dah nampak dah cara umno nak tumbang PRU13

PANAS !! Pagi ni WJ nak bagitau korang semua...WJ dah semakin rasa kehangatan PRU13, dan WJ rasa ramai pemimpin UMNO yang dah tak suka kat UMNO ni haaa....WJ tak cakap kosong, ni haa...
cuba baca bawah ni..kalau rasa tulisan dia kecik, klik gambar tu nohh....

WJ amek ni dari sumber berita agensi


haa...korang dah baca kan...Mukhriz menggesa pucuk pimpinan umno supaya TAAT SETIA KAT UMNO...
Siap kena tandatangani lagi surat perjanjian Taat Setia..Apakah maknanya disini ? Apa agaknya tanggapan korang terhadap Cadangan Mukhriz ni....hahaha...SOKONGAN SEMAKIN KURANG ??

Monday, 5 December 2011

Misteri binaan piramid terjawab! Mesti Baca...


Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur


Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.


WartaJingga:“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” kata Syed Ali.  “Adakah Najib suka RAKYAT buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” kata RAKYAT kepada NAJIB.

PEMIMPIN2 BN nie hanya nampak kesalahan rakan2 mereka sahaja, tetapi MEREKA terlupa BOSS mereka ialah PUNCA kepada segalanya.
TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!



''muslim facebook'' dan muslim wikipedia akan dilancarkan tahun depan

Kalau Facebook yang amat popular sekarang ini dipunyai oleh seorang yahudi dan ada yang membencinya atas sentimen benci Yahudi, kini bagi menyediakan alternatif kepada mereka yang seperti itu boleh mencuba 'SalamWorld.Com'.



Salamworld.com merupakan versi yang seakan-akan sama dengan Facebook tetapi lebih bermatlamatkan Islam sebagai halatuju perkhidmatan mereka. Facebook muslim tersebut mensasarkan pengguna serama 50 juta dalam tempoh 3 tahun.


Salam.com yang berpusat di Istanbul itu akan menekankan nilai-nilai Islam terhadap pengguna muda dan menjauhi nilai-nilai tidak bermoral yang bakal dipantau oleh moderator. Selain daripada tapisan-tapisan tertentu, pengguna juga diharap dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri agar tidak melakukan sesuatu yang terpesong dari prinsip Islam.

Salam.world juga akan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat ilmu tauhid dan juga khidmat nasihat. Para pengguna juga boleh menggunakan Salam.com bagi mengetahui Masjid berdekatan dikawasan mereka berada dan juga maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.

Kumpulan yang sama membina Salam.com juga sedang membina satu lagi projek ensiklopedia yang mirip Wikipedia tetapi akan memaparkan semua maklumat tentang Islam. Mereka sedang mengumpulkan berbagai dokumen serta rujukan bagi menjayakan usaha tersebut. Selepas ini akan muncul Muslim Wikipedia pula selepas Muslim Facebook.

baca lagi disini : click sini

source : wartashubhi..

(Video) Umno ibarat 'kereta tiada brek'


SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.  Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh. "Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah. Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya. "Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. "Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah. "Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.


"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir. Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu. Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok

Sumber: Harakah Daily MediaRakyat

wartaJINGGA : lintah kenyang, lama lama akan tumbang....

Statistik Isu Semasa yang rakyat perlu tahu


Statistik menunjukkan dari tahun 2000 hingga 2008 dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, rugi saja...


Kedudukan Malaysia di dalam ekonomi Israel...ehh ada kaitan rupanya...tohamahan terhadap Nurul Izzah mempunyai pelaburan dalam ekonomi Israel tidak berasas sama sekali...


Kenyataan boodoh lembu umngok bahawa dia tiada kaitan dengan NFC


lagi umno perompak tanah melayu, perompak harta rakyat


Kenyataan Chua Soi Lek tentang hudud, Tuan Guru Ustad Chua Soi Lek Umno kau2 perintah umngok supaya jangan jalankan hudud kerana akan mundurkan negara...

wartaJINGGA : Banyak lagi...tunggu dan tunggu....sekali mereka fitnah PR, sepuluh kejahatan UMNO terbongkar...hidup Melayu! hidup ketuanan melayu...

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...