PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 30 January 2012

NFC: Suami Shahrizat arah Shamsubahrin Rasuah Polis!



PETALING JAYA 30 Jan: KEADILAN mendedahkan bukti  dalam skandal National Feedlot Corporation (NFCorp) berhubung dakwaan cubaan merasuah pihak berkuasa oleh pengerusinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mendedahkan perkara tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail pada 27 Januari lalu di Pondok Polis Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Shamsubahrin dalam laporan itu memberitahu beliau menerima sistem khidmat pesanan ringkas (sms) dari Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, supaya merasuh anggota polis.
Ketika membacakan laporan polis berkenaan, Sivarasa berkata, Shamsubahrin dilantik oleh NFC sebagai Perunding dan penasihat Korporat pada 24 dan 28 November tahun lalu untuk membersihkan masalah dalam NFC.
“Datuk Salleh juga memberi arahan untuk saya berhubung dengan polis berkenaan kes-kes siasatan terhadap NFC dan saya telah diarahkan untuk memperjelaskan dan menerangkan proses perniagaan NFC kepada polis.
“Walaubagaimanapun, saya dalam pelantikan tersebut telah menerima pesanan dan tekanan daripada Datuk Salleh meminta saya menutup kes NFC itu dengan polis melalui pesanan sms menekan saya supaya nembayar rasuah kepada pihak polis untuk menutup kes NFC tersebut,” Laporan polis berkenaan dipetik.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, bukti yang dikemukakan dalam laporan itu bagaimanapun kini berada di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya lagi, Shamsubahrin kini ditahan di lokap Sungai Buloh.
“Maklumat ini kita dapat daripada telefon beliau, sebelum ini pihak SPRM telah mengambil kesemua telefon beliau sebelum mengembalikannya tetapi terdapat satu lagi masih berada di tangan SPRM yang ada bukti penting ini.
“Walaupun ada di tangan pihak berkuasa tapi ia sudah ada dalam simpanan kita.

Hakim Tidak Relevan? Peguam Keluar Mahkamah!!

Qazaf: Peguam Anwar membantah Hakim dan keluar dari Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR 30 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf.
Sidang Media oleh Peguam DSAI dan Dato Seri Wan Azizah sejurus keluar dari Mahkamah
Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan.
Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu.
“Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah, lapor Malaysiakini.
Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan – Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun – memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.
Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman sebelum bertindak keluar mahkamah.
Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam – ketua barisan peguam pemohon -  bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.
Kamar Ainiah bagaimanapun menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon “boleh mengambil duit zakat”.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.
Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN.


sumber: Keadilan Daily

Kuliah Ustaz Azhar Idrus vs Anugerah Juara Lagu 26


KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS : AJK Masjid Shah Alam mengumumkan kehadiran jemaah berjumlah 30 ribu orang pada malam ini sahaja dan jumlah penonton online 34 ribu orang, lebih 60 ribu orang, Insyaallah lebih ramai lagi yang mahu tapi belum mampu untuk mendengar, kalau macam ni kita boleh buat kuliah agama di Stadium Shah Alam atau Stadium Bukit Jalil lepas ni. Terus sebarkan kebaikan wahai saudaraku yang dikasihi semua. Allahuakbar!!
Krew  belakang tabir live streaming tvs
Anak muda masakini dahagakan ilmu akhirat mula berhijrah untuk mencari sesuatu bersifat kerohanian.
 Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu ALLAH: ♥~maka ALLAH SWT akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan Syurga. ♥~dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan. ♥~dan seorang yang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air ♥~dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadat sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap lain-lain bintang. ♥~dan ulama' itu sebagai pewaris dari nabi-nabi, dan nabi-nabi itu tidak mewariskan harta perak atau emas, tetapi mereka mewariskan ilmu, maka siapa yang mendapatkannya bererti telah mendapat bahagian yang sebanyak-banyaknya."
sumber : activist901

Penulis Lirik Juara Lagu AJL-26 Adalah Ketua Cabang PKR?


Inilah Penulis Lirik Lagu Awan Nano Budie Hikayat@Hasmi Hashim Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 26. Lagu Awan Nano yang dicipta oleh Komposer Terkenal Tanahair iaitu M.Nasir manakala liriknya telah ditulis oleh beliau sendiri dan dinyanyikan oleh Hafiz AF7 juga telah memenangi katogeri Anugerah Vokal Terbaik 2 tahun berturut-turut.

TAHNIAH KEPADA HASMI HASHIM@BUDIE HIKAYAT YANG JUGA 
KETUA CABANG PKR CABANG PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR... 
Tidak lupa juga kepada M.Nasir dan Hafiz AF7! TAHNIAH!!
Hayatilah lagu yang penuh makna dari Hafiz AF7



AWAN NANO
-----------

KENAPA UTUSAN PUJI LAGU 'AWAN NANO' TU...TAKKAN TAK TAHU SIAPA PENULIS LIRIK LAGU AWAN NANO TU..? YANG TULIS LIRIK LAGU TUU YANG PAKAI BAJU BIRU TU...woit DIA PKR LA...HASMI HASHIM TU...kah kah kah. DIA JUGA PENULIS UCAPAN WAN AZIZAH...kah kah kah...KETUA CABANG PKR PARIT SULUNG...kah kah kah...MEMANG BIJAK ORANG PKR...KALAU UTUSAN TAHU HASMI HASHIM TUU..ORG PKR SUDAH PASTI BERITA DIBAWAH INI TAK AKAN KELUAR DLM UTUSAN ...kah kah kah. PADAN MUKA UTUSAN BANGANG MACAM UMNO...kah kah kah ]

MAKSUD 'AWAN NANO'...?

AWAN...WAN AZIZAH

NANO...NURULIZAH

AN...ANWAR



Awan Nano juara Anugerah Juara Lagu Ke-26

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Putra di sini malam ini.

Manakala lagu Beribu Sesalan nyanyian Tiga Suara pula meraih kedudukan naib juara .

Sementara itu, lagu Karma dendangan Faizal Tahir berjaya meraih tempat ketiga dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi. -

 UTUSAN BODOH [ KahKahKah ]

Sunday, 29 January 2012

Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!!

Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!



Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur! 

BUKTI SAHIH! URL HARAHDAILY TARIKH, TEMPAT MENGESAHKAN  DSAI BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 13/1/11!


TERNYATA TRIO T GAGAL MENGHERET ANWAR KEDALAM RANCANGAN MEREKA   DIHARAP PEMBACA DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA KEBENARAN ITU DITUNTUT DARI TUDUHAN SEMBRONO ATAU  MENGIKUT TATACARA HUKUM ALLAH S.W.T!

sumber: activist901


Video Sebenar DSAI:


Rakyat Tuntut Pendakwaan Qazaf Terhadap Saiful

Jangan Lupa Esok (30 Januari 2012) !!
Tempat : Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur

Masa    : 09:00 Pagi!!
Datang Awal & Kita Kumpul Beramai-ramai
Berikan Sokongan Anda Kepada
Dato Seri Anwar Ibrahim!!
KITA LAWAN FITNAH!!

LAWAN TETAP LAWAN!!
Membenarkan saja Saiful itu tidak didakwa dengan pendakwaan Qazaf bererti membiarkan saja Saiful melakukan kemungkaran ... Padahnya akan menimpa seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam...
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.]

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...