PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 9 December 2011

ABU( Asalkan Bukan Umno/BN)


Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN

Dijemput menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)

Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara ;

Tarikh: 9 Disember 2011

Lokasi, masa dan contact person:

1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm
KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872

2. Johor - 2.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, 11, 
Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825

3. Melaka - 3.30pm 
Pejabat Parti Keadilan Rakyat, 
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016

4. Negeri Sembilan - 3.30pm 
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1, 
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707

5. Perak - 3.30pm 
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan, 
Ipoh
MatSamanKati(SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477

6. Pulau Pinang - 11.00am 
George Town Coffee House, 
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583

7. Kedah - 3.30pm 
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)
Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133 

8. Perlis - 3.30pm 
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma, 
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244

9. Pahang - 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73, 
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964

10. Terengganu - 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman, 
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang) 
Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974

11. Kelantan - 3.30pm 
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415


Esok sejarah bakal mencatatkan penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN.

Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat. 

Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas.

Thursday, 8 December 2011

30 Keajaiban Umno Yang Wajib Rakyat Malaysia Tahu!!!



1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN selepas PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu & beragama Islam menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang-orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoriti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Wednesday, 7 December 2011

SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.


azlan
Selain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.


Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.



azlan
Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.



Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.


Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.

sumber: Malaysiakini.com

Warta Jingga : Apakah muslihat SPR selepas ini?? Adakah SPR akan membatalkan penggunaannya seperti masa PRU12 yang lepas atas alasan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia atau Majlis Fatwa Kebangsaan?  Jangan kita bersorak dahulu.. takut kita menyesal dikemudian hari..

Tuesday, 6 December 2011

Balai Polis Kerinchi’ pengundi pos Parlimen Lembah Pantai


KUALA LUMPUR: Pengundi bernama ‘Balai Polis Kerinchi’ antara 91 pemilih pos yang diragui dan mengelirukan yang terdapat dalam senarai daftar pengundi Parlimen Lembah Pantai. ‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru.
“Ini adalah senarai dari lebih 2000 pengundi pos Parlimen Lembah Pantai yang disemak, tidak termasuk nama pengundi biasa,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai hari ini.
Beliau sebelum ini pernah mendedahkan peningkatan pengundi pos di Lembah Pantai sehingga 1463% menuntut jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya mahu melakukan reformasi sistem pilihan raya.
“Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?,” soal Nurul Izzah sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR.
91 nama yang dikesan itu merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011. “Ini masalah serius. Bagaimana sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat? Ia tak bersih dan tak adil. Mana perubahan sistem yg dijanjikan?, tegas Nurul Izzah.
Selain itu lebih 40 pengundi dalam senarai warta yang boleh mengundi di dua tempat dalam Parlimen Lembah Pantai selain rekod puluhan nama lain yang gagal dipaparkan dalam versi dalam talian berbanding versi cakera padat
“Sepatutnya kalau salah ejaan nama pun dibuang dari senarai, perkara ini ni boleh jadi insiden pada hari pengundian,” katanya.

Warta Jingga : Apakah kesilapan ini disengajakan dan akan diperbetulkan oleh budak suruhan Be End iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia? Walaupun ianya akan diperbetulkan kelak tetapi dimanakah kredibiliti SPR dalam menjadikan ianya sebuah badan yang bebas adil dan telus dalam menjalankan amanah rakyat  Malaysia?

PANAS!! dah nampak dah cara umno nak tumbang PRU13

PANAS !! Pagi ni WJ nak bagitau korang semua...WJ dah semakin rasa kehangatan PRU13, dan WJ rasa ramai pemimpin UMNO yang dah tak suka kat UMNO ni haaa....WJ tak cakap kosong, ni haa...
cuba baca bawah ni..kalau rasa tulisan dia kecik, klik gambar tu nohh....

WJ amek ni dari sumber berita agensi


haa...korang dah baca kan...Mukhriz menggesa pucuk pimpinan umno supaya TAAT SETIA KAT UMNO...
Siap kena tandatangani lagi surat perjanjian Taat Setia..Apakah maknanya disini ? Apa agaknya tanggapan korang terhadap Cadangan Mukhriz ni....hahaha...SOKONGAN SEMAKIN KURANG ??

Monday, 5 December 2011

Misteri binaan piramid terjawab! Mesti Baca...


Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...