PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 24 December 2011

Akhirnya Hassan Ali Bertaubat?


Setelah 2 hari dikutuk hebat kerana ucapannya yang dikatakan mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu,  Akhirnya Datuk Dr Hassan Ali hari ini telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

Warta Jingga: Semoga PAS dan PR menerima permohonan maafnya, dan kepada Hassan Ali anggaplah ini satu pengajaran dan kembalilah kepada perjuangan yang sebenar-benarnya.
  
Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Kenapa kita patut undi Barisan Nasional lagi?


Inilah yang jawapan bagi soalan diatas.. menurut Ustaz Azhar Idrus..
Ini jawapannya bila ada yang sanggup adjust meter elektrik rumah supaya murah - Rakyat terdesak bila kerajaan menaikan tarif elektrik sedangkan IPP diberi subsidi setiap tahun

Ini pula bila ditanya soal doktor lelaki sentuh & lihat kemaluan wanita. Hukumnya haram tetap haram tetapi elok kita tukar jer kerajaan kerana .....

Kerajaan sekarang adalah Kerajaan Setan!! Siapa yang undi Kerajaan Setan yang meluluskan lesen arak & judi, dia juga termasuk dalam orang yang bersubahat ! Nauzubillah.. Adakah anda mahu mengundi Barisan Nasional lagi? Ubahlah Kerajaan! Demi Rakyat Malaysia!

TOLAK BE END.. UNDILAH PAKATAN RAKYAT

Friday, 23 December 2011

Panas !! Mahasiwa diperkuda lembu umno, mahasiswa ditindas

Semua orang dah tau perangai umno, trend politik kotor mereka. dengan lembunya, taiknya, ludahnya, rantai di tengkoknya, dan segala-galanya...umno hero malaya..

Ini kes Adam Adli, yang gua mau share dengan lu orag semua...adam adli turnkan bendera najib hanya 2 minit, lepas tu naikkan balik..akhbar propaganda umno pun bikin panas cakap Adam Adli pijak bendera, lu mau kencing rakyat ke umno ? 

tak sudah dengan tu, datang lagi pakcik2, kambeng lembu semua ada pakat buat demo kata adam adli ni kurang ajar..ada yang ugut bunuh, ganggu keluarga adam adli..fuyooo umno gangster...

gua tak nak cakap panjang, gua harap lu orang baca status seorang mahasiwa yang dikencing oleh umno..

klik gambar untuk besarkan

wartajingga : mau pijak rakyat, perbodohkan rakyat adalah umno...saja gua nak selit, dulu pakat sokong khir toyo, sekarang dah kantoi perompak wang rakyat

Khir Toyo dipenjara kerana rasuah



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


malaysiakini

Thursday, 22 December 2011

Lembu Hitam NFC ditemui


Adakah ini pengakhiran cerita NFC? Sepertimana yang berlaku dalam kes altantunya 2 ekor kambing hitam ditugaskan untuk menyelamatkan maruah Presiden telah berjaya dikorbankan. Kini perkara yang sama akan berulang demi menyelamatkan maruah Ketua Wanitanya pula.
Jika dalam kes altantunya dulu, bermacam kejadian pelik lagi ajaib telah berlaku, kini skrip yang hampir sama akan berlaku. Setelah pelbagai penyelewengan dan skandal yang melibatkan menteri merangkap ketua wanita didedahkan dan terbongkar sehingga tiada jalan penyelesaian yang dapat dicari selain mendakwa mereka yang terlibat, akhirnya mereka terpaksa mencari seekor lembu hitam yang akan dijadikan korban bagi menyelamatkan maruah dan kredibiliti ketua wanita dan menteri tersebut. 
Apakah peristiwa yang menyaksikan mereka benar-benar terlibat dibebaskan tanpa melalui proses perundangan sepertimana yang berlaku dalam kes altantunya kini berulang? Sama-sama kita nantikan...  

NONE
Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
   
Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, lapor Bernama.
   
Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi.
   

Sementara itu dalam sidang akhbar di ibupejabat JSJK, polis bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa peniaga yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan projek NFC.

Pengarah jabatan itu, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC.

Beliau juga enggan mengulas mengenai laporan media yang telahpun mengaitkan peniaga tersebut dengan kes NFC.

Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan.

Katanya lagi, suspek yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ."

"Bertindak atas maklumat, kita panggil dia datang ke JSJK dan kita tahan dia di sini," katanya lagi yang menambah, jabatan berkenaan akan menyerahkan suspek berkenaan kepada SPRM.

Diasak wartawan, Syed Ismail juga enggan mengesahkan sama ada suspek terbabit mempunyai kaitan dengan keluarga menteri yang menjalankan projek berkenaan.

"Kalau saya tak beri nama pun awak dah tahu siapa kan? Jadi awak tengok bin (nama bapa) itu ada kena mengena atau tidak.

"Saya tak kata apa, saya suruh tengok bin saja, sama atau tidak. Saya tiada apa untuk dikatakan, sama ada dia ada hubungan atau tidak (dengan keluarga menteri), saya tidak mahu komen," katanya yang juga enggan menyatakan nama suspek tersebut.

Ditanya lagi sama ada polis telah menyiasat menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Syed Ismail berkata "siasatan masih berjalan dan kita akan panggil sesiapa yang bersabit dengan kes ini."

Polis setakat ini telah menyiasat 27 individu, temasuk pegawai daripada kementerian kewangan, kementerian pertanian serta individu yang terlibat memberi perkhidmatan kepada NFC, katanya lagi.
Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

KENYATAAN MEDIA JINGGA 13 / GERAKAN MARAH BERHUBUNG PENANGGUHAN PELANCARAN MARAH

JINGGA 13 secara rasmi ingin memaklumkan bahawa Pelancaran MARAH di Dewan Kampung H, Kampung Pandan yang dijadualkan pada 22 Disember 2011 iaitu hari Khamis (malam ini) terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru iaitu pada 5 Januari 2011 berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku yang menyukarkan program tersebut untuk dilaksanakan dengan jayanya.



Pihak penganjur memberi jaminan untuk menyelesaikan segera masalah tersebut, bagi memastikan pelancaran MARAH ini benar-benar memberi impak terhadap usaha membanteras penyelewengan, rasuah dan pecah amanah.
Jingga 13 berasa amat kesal dengan perkara ini, tetapi berterima kasih atas sokongan pihak media yang telah memberi ruang dan kerjasama yang cukup baik kepada semua laporan dan aktiviti kami.
Sekian, Terima Kasih.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koodinator 
Jingga 13
Merangkap 
Pengarah Gerakan MARAH

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...