Skandal projek lembu: Shamsubahrin serah bukti!
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.
"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.
"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera,"
Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.
Dalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu. Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan.
sumber
sumber
anjlinabatra · 233 weeks ago