PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 12 April 2013

Serangan Peribadi Pemimpin Pembangkang Politik Murahan


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.


Serangan peribadi telah dilancarkan ke atas pemimpin-pemimpin PAKATAN. Tiada yang terkecuali daripada serangan bertubi-tubi ini. Antara pemimpin PAKATAN yang menjadi mangsa kepada serangan peribadi termasuklah; Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, calon kerusi parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah hingga ke bekas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, calon kerusi parlimen Pandan Rafizi Ramli, calon kerusi parlimen Batu Tian Chua, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali, dan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.

KPRU berpendapat serangan peribadi ini merupakan amalan politik murahan yang tidak wajar mendapat tempat di sebuah masyarakat bertamadun seperti Malaysia. Malangnya, ianya dijangka politik murahan ini akan berlangsung sehingga selesainya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kerana kebencian BN terhadap PAKATAN tidak mengenal erti moral atau batasan.

Sebagai sebuah parti politik yang melaungkan semangat patriotik, perpaduan dan kematangan, tindakan serangan peribadi mencerminkan semangat kebencian dan tidak matang yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh BN.

Rakyat Malaysia sudah meluat dengan politik murahan seperti ini. Ianya tidak membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak. Ianya hanya akan memakan diri BN, menambah kebencian rakyat kepada BN dan mencemari reputasi dan maruah pemimpin PAKATAN. Ianya tidak membawa sebarang kesan positif kepada ekonomi atau politik negara. Ianya hanya mencerminkan obsesi Malaysia dengan politik murahan terutamanya politik seks di mata dunia. Dalam kata asas, ianya merupakan sejenis tingkah laku yang memalukan nama Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa komuniti antarabangsa.

Lantas, KPRU menyeru dan menggesa permainan politik murahan ini dihentikan dengan serta-merta. Kegagalan BN untuk menghentikan politik murahan ini membuktikan tandatangan Najib Tun Razak di Ikrar Integriti Pilihanraya hanyalah sebuah retorik di samping menghina konsep pilihanraya bebas dan adil.


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...