PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 26 January 2012

Penyelewengan Utama Melibatkan NFCorp

KUALA LUMPUR 26 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, siasatan audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara hanya tertumpu kepada pusat Fidlot Nasional dan bukan syarikat dikuasai penuh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Menurut Saifuddin, penyelewengan utama dilakukan National Feedlot Corporation (NFCorp), National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan RealFood Company, yang disifatkan beliau sebagai 'lubuk penyelewengan'.
"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukan NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta,
"Saya refresh fakta kes kerana ada percubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara. Kita percaya integriti jabatan ketua audit," katanya dalam laman twitternya semalam.
Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan hutang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.
"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi.
Beliau mendakwa, NFCorp kemudiannya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC.
Sebahagian daripada wang itu katanya digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar.
Menurut Saifuddin, NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company  yang juga dimiliki keluarga itu.
Tambahnya, NFCorp  masih perlu menjelaskan banyak perkara seperti pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara.

[VIDEO] JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT "First Lady Of Shopping"


JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT DAN ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL CAAP KERANA FITNAH

JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri Malaysia perolehi  sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Bukan sahaja berbelanja mewah,  dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.

JINGGA 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?

Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'?  Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah?

JINGGA 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan.

SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang dilihat melampau dan keterlaluan.

JINGGA 13 MENCABAR Rosmah Mansor untuk menyaman akhbar  Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney dan  pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.

Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13






Permainan 'Aku Jimat' Diharamkan Selepas 9 Hari DiPerkenalkan?



Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

NONE
Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.


Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu,Aku Jimatmuncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.
Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

NONE
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Laporan SPRM Terhadap Perbelanjaan Datin Seri Rosmah Mansor Di Sydney, Australia

Jingga 13 hari ini mengambil satu langkah yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan membawa isu perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Sydney, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Pendedahan Morning Sydney Herald tentang perbelanjaan mewah bernilai RM 325,000 itu harus segera disiasat kerana wujud kesangsian untuk seorang isteri Perdana Menteri berkemampuan untuk berbelanja semewah itu di butik milik Carl Kaap.

Justeru Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke SPRM Selangor (berhadapan Blue Wave Hotel) pada 26 Januari 2011, jam 11 pagi. Kehadiran rakan-rakan media seharusnya nanti akan membantu mewujudkan gelombang penolakkan terhadap kerakusan dan penyalahgunaan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha

Sanusi : Bersekongkol Dengan Pembohongan

Ada blogger UMNO Menggunakan nama Pak Teh yang bekerja di perpustakaan sebuah universiti menulis bahawa dia terkejut teramat sangat bila saya menulis posting sebelum ini perihal sifat dan perangai babi. Tergamaknya saya sebagai Ketua Penerangan PAS menukilkan babi sebagai perumpamaan kepada pemberitaan melulu, bohong, terdesak dan menyimpang dari kebenaran...

Wednesday, 25 January 2012

Bila Ketua Audit Mengaku Wujudnya Kelemahan Dalam NFC!!


Apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan bahawa NFC tidak kucar-kacir tetapi wujud kelemahan, rakyat akan terfikir apakah kelayakan suami Shahrizat Jalil sehingga beliau dibenarkan meminjam RM 251 juta wang rakyat? Kredibilitinya kini diragui, sebagai seorang pengurus, beliau seharusnya memiliki pengalaman dan kelayakan untuk mengurus sebuah ladang penternakan lembu terbesar di Malaysia! Inilah yang dipertikaikan selepas disahkan mempunyai kelemahan dalam mengurus syarikat NFC! Apakah kelayakan yang dimiliki oleh anak-anak keluarga tersebut sehingga dibenarkan menggunakan kad kreadit sehingga hampir RM 600 ribu setahun? rujuk disini 

Selain daripada itu, NFC juga dikatakan mempunyai kelemahan dalam terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek tersebut! Sebab ada kelemahanlah, disyaki terdapatnya penyelewengan tapi apabila disiasat, terbukti pulak ada penyalahgunaan wang rakyat. 


Wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk Penternakan Lembu digunakan untuk membeli kondominium di Bangsar dan di Singapura, beli tanah di Putrajaya, beli kereta mewah, pergi umrah, perniagaan restoran mewah di Singapura, belanja kad kredit sehingga beratus ribu wang rakyat demi anak bini? Apa kejadah semua nih? Walaupun dikatakan hanyalah untuk mencari keuntungan! tetapi adalah salah bila digunakan untuk tujuan lain.. kalau macam tu elok ler NFC tukar jer bidang ke bidang hartanah! Pulangkan balik wang rakyat tu kepada mereka yang memerlukannya! Ramai lagi penternak yang memerlukan pinjaman untuk membesarkan ladang perternakan! 


Dalam laporan 2010 itu, Ketua Audit Negara mendapati projek Pusat Fidlot Kebangsaan gagal untuk memenuhi objektif 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 kerana tiga sebab, termasuk kegagalan NFC untuk menubuhkan Program Pembangunan Usahawan (EDP).

Berdasarkan perjanjian itu, NFC sepatutnya untuk menghasilkan 130 peladang satelit yang akan menerima lembu dan makanan untuk menggemukkan lembu, yang kemudiannya akan dibeli balik oleh NFC.

Bagaimanapun, kata laporan tersebut, sehingga 31 Disember, NFC belum menubuhkan EDP. Selain itu, draf prosedur operasi standard (untuk peladang) oleh NFC masih belum dimuktamadkan.

sumber: malaysia kini

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...