JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT DAN ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL CAAP KERANA FITNAH
JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri Malaysia perolehi sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.
Bukan sahaja berbelanja mewah, dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.
JINGGA 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?
Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'? Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah?
JINGGA 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan.
SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang dilihat melampau dan keterlaluan.
JINGGA 13 MENCABAR Rosmah Mansor untuk menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney dan pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.
Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13