1. Amaran Nabi Muhammad S.A.W :
Maksudnya : Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang memperjuangkan assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang mati dalam assobiyah.
2.Siapakah Assobiyah ?
Sebenarnya sesiapa pun juga boleh menjadi assobiyah kerana assobiyah bukannya nama, bangsa atau puak atau jenis manusia; tetapi assobiyah ialah sifat dan perlakuan yang menjadi amalan seorang dan puak.
Pengenalan assobiyah perlu diambil daripada banyak sumber hadis, kamus, bahasa Arab dan perbahasan ulamak dalam kitab-kitab yang tertentu.
Konsep perlakuan assobiyah tulen yang mudah dikenali ialah pada zaman "Arab Jahiliah". Budaya mereka mementingkan puak semata-mata. Sehingga di kalangan mereka wujud suatu majlis khas hari pengistiharan membela puak yang dikenali dengan nama "Yaumul Arab".
3 . Assobiyah dalam makna Hadis
Maksudnya
Seorang lelaki bertanya Rasulullah S.A.W. Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak) ? Rasulullah bersabda, Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim.
Maksudnya
Daripada Wathilah bin Al Asqa' beliau mendengar bapanya bertanya Rasulullah S.A.W., Apadia assobiyah ? Sabda baginda S.A.W. Bahwa kamu menolong kaum kamu atas dasar zalim".
Maksudnya
Aku paling Arab dikalangan kamu, aku dari keturunan Quraisy. Pertuturan Ku ialah pertuturan Bani Saad Bin Bakar.
4. Kamus Al Munjid (Paling Jelas) - Mukasurat 481 Cetakan27/1994:
"Al Assobiyah" maknanya seseorang yang bersangatan pegang kepada pendapat sendiri atau jamaahnya (puaknya) dengan cara membabi buta (Fanatik) dan bersungguh-sungguh memperjuangkannya walaupun prinsip puaknya itu tidak realistik.
"At Taassub" maknanya tidak menerima (menolak) realiti kebenaran sedangkan jelas terbentang buktinya; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak. (Lihat teks ini )
5. Kitab Tarikhul Mazahibil Islamiah Karangan Al Imam Muhammad Abu Zahrah - Cetakan 1987 Juzuk 1 (satu) Mukasurat 80-81 (Ulasan Hadis)
Maksudnya : Sesungguhnya urusan kepimpinan negara hendaklah di tangan Quraisy.
Saya ulangi, APAKAH MAKSUD ASSOBIYAH ??
>>> "Al Assobiyah" maknanya seseorang yang bersangatan pegang kepada pendapat sendiri atau jamaahnya (puaknya) dengan cara membabi buta (Fanatik) dan bersungguh-sungguh memperjuangkannya walaupun prinsip puaknya itu tidak realistik.
cuba renungkan kata-kata ini....
'' mengundi UMNO untuk memperjuangkan bangsa Melayu ''tetapi cuba kita renungkan,
1) undi kita lah yang menyebabkan rosmah berbelanja sakan menggunakan duit rakyat..
2) undi kitalah mengangkat shahrizat untuk kedarah duit rakyat 250 juta..
3) undi kita lah yang membenarkan berlaku penindasan keatas kaum lain (sila rujuk disini)
4) dan pelbagai lagi yang anda sendiri boleh tentukan apakah yang tersirat............
Assobiyah , sanggup membelasah kaum lain dan bangsa sendiri hanya demi mengekalkan kuasa yang tidak realistik, yang zalim dan kejam..
membela orangnya yang menyeleweng duit rakyat dengan memfitnah.. (mereka tahu akan kesalahan,tetapi sanggup membela demi mengekalkan kuasa..
rujukan : umno samseng belasah ( klik disini )
rujukan : maki hamun umno (klik disini )