SHAH ALAM : Saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya.
Tahun ini merupakan tahun Naga. Ianya melambangkan, antaranya Keadilan, Keberanian dan Berhikmah buat masyarakat Cina.
Oleh kerana itu sempena sambutan tahun baru, yang selalu dianggap sebagai satu titik permulaan serta memperkukuh azam, saya berharap kita bersama beriltizam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.
Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta harmoni.
ANWAR IBRAHIM
Penasihat Ekonomi Selangor