PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 22 January 2012

Inilah Islam Wasatiah(Sederhana) Menurut AhJib Kor?



Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip wasatiah (bersederhana) kerana ini dapat menjamin kebahagiaan, keselesaan dan kejayaan cemerlang negara. Perdana Menteri menegaskan dengan kesejagatan dan kefahaman wasatiah yang tinggi dalam pentadbiran, negara akan terus maju dan dipandang tinggi. 
"Prinsip ini sangat penting untuk diteruskan kerana itu sebenarnya Islam. Tiada Islam yang ekstrem... kalau amalkan keterlaluan kita sudah lari dari kefahaman Islam sebenar.
 "Lakukan pentadbiran berdasarkan wasatiah sebagai amalan kalau inginkan kebahagiaan, keselesaan dan kejayaan kerana itulah jalan terbaik"

Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya, apabila akhbar dari Australia melaporkan isteri kesayangan beliau yang juga "First Lady Of Shopping" telah membelanja AS 100,000 atau RM 325,000 di sebuah butik di Sydney,  Australia 2 minggu lepas.

darling hotel sydney australia

Menurut akhbar itu lagi Rosmah dan Najib juga telah menginap di penthouse yang berharga A$ 20,000 (RM 65,100)  di Hotel Darling. 

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik. 

Apakah ini yang dikatakan Islam Wasatiah yang di war-warkan oleh Presiden Umno dan Barisan Nasional untuk dihayati dan diikuti oleh Rakyat Malaysia umumnya? Sedangkan isteri beliau sendiri tidak pernah menghayati dan mengikut apa yang dicanangkan oleh beliau? Bagaimana mungkin Menteri-Menteri Umno yang tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kepada umum akan berbelanja mengikut Islam Wasatiyah sedangkan keluarga Perdana Menteri sendiri pun tidak pernah mahu mengikut dan mengamalkannya!!!




Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...