PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 16 April 2012

Dr Mahathir Pertikaikan Keuntungan Perjualan Lebuhraya MEX!!!

Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP


KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.


Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

Video: Debat Lynas TV1!


Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

Sunday, 15 April 2012

Video: Mahasiswa Dirempuh Khemah Dirobohkan Oleh Penguasa Zalim


(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Tuntutan supaya kerajaan melaksanakan pendidikan percuma dan membatal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan tuntutan segelintir mahasiswa, sebaliknya ia menggambarkan desakan rakyat.

TER NOW - TER KINI DARI DATARAN MERDEKA!!






BERITA BARU MASUK JAM 5.03


dua khemas telah dirampas.



telah berlaku bergelutan dashat



seorang pelajar telah ditunbuk




ANAK MUDA SEDANG BERTAHAN








Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah



KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.
Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.

Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas ia dirosakkan penguatkuasa  DBKL.
Menurut seorang jurucakap mahasiswa terbabit, beberapa anggota polis yang berada di situ hanya menyaksikan kejadian tersebut tanpa melakukan sebarang tindakan.
Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’  seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka
Bagaimanapun katanya, mahasiswa terbabit memerlukan khemah untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini.

Mahasiswa ada hak dirikan khemah di Dataran Merdeka


(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 11 April: Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ahmad Zaki Yamani mempertahankan tindakan mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka. Ini kerana katanya, tindakan itu adalah hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan.

“IPD Dang Wangi sudah beri kenyataan tidak akan masuk campur dalam hal ini kerana ia di bawah bidang kuasa DBKL,” katanya. Beliau berkata demikian ekoran cubaan sekumpulan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama anggota polis menghalau aktivis mahasiswa yang memasang khemah di kawasan itu.

Berlaku pertengkaran kecil ketika Zaki cuba mempertahankan hak mahasiswa itu yang menyaksikan polis dan pegawai DBKL  itu terpaksa mengalah selepas campur tangan beberapa pegawai DBKL lain.


Kira-kira 40 mahasiswa berkhemah di kawasan itu sejak petang semalam bertujuan mendesak kerajaan membatalkan pinjaman PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga merancang untuk berkhemah di situ sehingga himpunan Bersih  28 April ini.

Semalam kira-kira 1000 mahasiswa berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dengan membawa sepanduk dan melaungkan slogan ke arah tuntutan pendidikan percuma.

[Video] Pengerusi FELDA Sudah Gila Kuasa?


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad telah melantik dirinya sebagai ketua di beberapa entiti dalam Felda dalam usaha untuk mengukuhkan kuasa, dan sanggup melanggar segala undang-undang dalam proses untuk menguasai seluruh anak syarikat Felda!

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...