PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 15 April 2012

Video: Mahasiswa Dirempuh Khemah Dirobohkan Oleh Penguasa Zalim


(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Tuntutan supaya kerajaan melaksanakan pendidikan percuma dan membatal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan tuntutan segelintir mahasiswa, sebaliknya ia menggambarkan desakan rakyat.


Menyokong tuntutan mereka, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan kumpulan mahasiswa yang menyertai demontrasi Mansuh PTPTN dan berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam, sebagai berani berdepan pemerintah zalim.
“Tiada alasan untuk enggan laksanakan pendidikan percuma kerana negara ini kaya-raya manakala pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa jauh lebih banyak berbanding kos melaksana pendidikan percuma,” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.
Beliau yang singgah menemui kumpulan 20 mahasiswa yang berkhemah dan menyaksikan penguat kuasa DBKL mengggunakan kekerasan ketika meroboh khemah kira-kira jam 5 petang, berkata, hanya kerajaan zalim dan angkuh enggan mendengar tuntutan rakyat.

Turut memberi sokongan moral ialah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Sekumpulan penguatkuasa DBKL dilihat menggunakan kekerasan bagi merampas khemah mahasiswa yang membenteng benteng manusia.
Dua mahasiswa, Alif Hafiz dan Alif Ashraf dicekik dan ditumbuk penguat kuasa DBKL tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka yang kemudian membina khemah baru.
Dua mahasiswa yang jadi mangsa kekerasan penguat kuasa DBKL
Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut mengunjungi lokasi khemah mahasiswa, berkata Pakatan Rakyat akan membentang usul khas berhubung tuntutan mahasiswa untuk membatal PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di Parlimen esok.
“Mengikut undang-undang himpunan yang baru, himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ini dibolehkan dan polis tidak boleh masuk campur,” katanya.


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...