PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 20 April 2012

PTPTN : Akhirnya Mahasiswa mengalah?

 PTPTN: SMM kosongkan Dataran hormati Agong
DSAI sanggup meluangkan masa untuk bersama mahasiswa di Dataran Merdaka!
KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.

Apakah kehadiran DSAI ini telah melembutkan hati mahasiswa untuk memberi laluan kepada Konsert Diraja?
Tindakan itu akan diambil pada jam 3 petang ini. Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda.
Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok.

Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Cadangan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong ditarik balik," kata Haziq. "(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Kata beliau, mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan.

"Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi.
 

Dalam perkembangan lain, Haziq bersama mahsiswa lain hargai bantuan Pemuda Pas Pusat yang mengarahkan Unit Amalnya untuk mengawal keselamatan aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada waktu malam ekoran insiden serangan awal pagi semalam.

“Kami juga akan membentuk satu pasukan untuk membantu Unit Amal untuk berjaga pada waktu malam,” katanya. Setiausaha Pemuda Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, langkah ini diambil berikutan kejadian 40 orang aktivis terbabit didakwa diserang 60 gengster ketika sedang berkhemah.


KRONOLOGI PERKEMBANGAN DI DATARAN MERDEKA - 19 AP

10 malam: Tujuh khemah didirikan semula dan menjadikannya sebanyak 12 buah khemah

10.30 malam: Seramai 300 aktivis mahasiswa termasuk orang ramai berkumpul dan menanti kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

10.45 malam: Anwar tiba di Dataran Merdeka dan memberi ucapan

11 malam: Aktivis Fahmi Reza membentangkan tuntutan yang diperjuangkan kepada peserta yang hadir dan disediakan sesi soal jawab

12.45 tengah malam: Lim Kit Siang muncul di Dataran Merdeka untuk menyokong tuntutan yang diperjuangkan oleh aktivis mahasiswa

3 pagi: Taklimat disampaikan oleh salah seorang aktivis mengenai penjagaan keselamatan ketika berada di kawasan perkhemah ekoran insiden awal pagi semalam

sumber

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...