PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 24 November 2011

Suami lihat Isteri maut digilis Treler

IPOH: Seorang suami tergamam sejurus melihat isterinya maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler berhampiran persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa, Cik Liew Suet Foong, 50 tahun, seorang jururawat, sedang membonceng motosikal bersama suaminya ke tempat kerja.Kejadian ngeri itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian, manakala suaminya, Encik Cheow Seng Yee, 62 tahun, cedera ringan.

Wednesday, 23 November 2011

SELANGOR AGROFEST


SUDAH BERMULA... SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, 22 November 2011

‘Dedahkan nama penyewa kondo, NFC’


KUALA LUMPUR: NGO Jingga 13 hari ini mendesak pengerusi eksekutif NFC, Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan nama penyewa kondominium One Menerung. Unit kondominium itu disewakan pada harga RM70, 000  sebulan.
“Siapa individu yang menyewa unit kondominium. Sila berikan (dedahkan) dokumen pembayaran kepada umum. Ini duit rakyat, ” kata ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa ketika ditemui media sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Laporan polis ini dibuat susulan dari laporan Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) Selangor 10 hari  lepas.
Fariz turut menjelaskan  SPRM telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) untuk siasatan lanjutan.
Selain itu Fariz memberitahu bahawa Jingga 13 mahu pihak polis menyiasat skandal ini berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Minggu lepas Jingga 13 turut mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana dikatakan turut bertanggungjawab dalam skandal ini.
Biaya umrah
Skandal NFC menjadi isu kontroversi berikutan pendedahan di dalam laporan Ketua Audit Negara.
Terbaru, PKR mendedahkan bahawa NFC membiayai kos perjalanan umrah pengarahnya, Salleh  dan anaknya, Wan Shahibur Azran.
Salleh ialah suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Jalil yang juga ketua Wanita Umno.
Salleh dipetik media sebagai berkata bahawa pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM 6.9 juta setiap satu adalah keputusan komersial untuk melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala.
“Kami beri bukti baru. NFC tidak membeli satu tapi dua unit kondo berjumlah RM13.8 juta. Jumlah RM13.8 juta itu diseleweng oleh keluarga Shahrizat,” dakwa Fariz.
Fariz membuat laporan polis hari ini berbekalkan kenyataan Salleh sebagai bukti.



 | November 22, 2011

NFC didesak dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan

NFC didesak dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan


KUALA LUMPUR: Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan.
Fariz menggesa Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mendedahkan penyewa terbabit sekiranya benar kondominium itu dibeli untuk tujuan pelaburan.

“Kami pertikaikan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyatakan sewa kondominium itu adalah RM70 ribu sebulan.

“Kami gesa Datuk Mohamad Salleh dedahkan siapakah yang menyewa kondominium itu,” kata Fariz.
Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fariz mendesak perkara itu sebelum membuat laporan polis terhadap NFC di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Menurut Fariz, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC membeli bukan satu tetapi dua kondominium kononnya sebagai instrumen pelaburan adalah satu bukti nyata aktiviti pecah amanah.
Jingga 13, satu NGO yang memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan masayarakat telah membuat laporan pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya minggu lalu.
SPRM kemudian menghubungi Cikgu Fariz dan memaklumkan yang laporan itu kini diserahkan kepada Polis Di Raja Malaysia dan disiasat di bawah Akta 613, Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersabit aktiviti jenayah pecah amanah.
Laporan pertama Jingga 13 itu memetik harga kondominium dibeli NFC sebanyak RM9.8 juta.
Namun, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC, sebuah syarikat penternakan lembu yang dibiayai kerajaan- sebenarnya membeli dua unit kondominium mewah berharga RM13.8 juta mendorong Jingga 13 untuk membuat laporan baru pagi tadi.
Semalam, KEADILAN turut membuat pendedahan terbaru yang mendakwa NFC membelanjakan RM32,000 wang rakyat bagi membiayai pakej umrah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.
sumber:


Monday, 21 November 2011

Adakah PDRM = Penipu Diraja Malaysia?

Kenyataan Polis Selepas Penghimpunan BERSIH 2.0

Polis dakwa Mat Sabu jatuh sendiri, bukan polis langgar

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan pada 9 Julai lalu, tetapi kerana jatuh sendiri.” Menurut Salleh, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian iaitu di Sri Bukit Persekutuan secara jelas Mohamad mengalami kecederaan bukan disebabkan dilanggar Land Rover tetapi terjatuh selepas motorsikal diboncengnya hilang kawalan lalu jatuh.

LAPORAN POLIS OLEH JINGGA 13 TERHADAP SKANDAL NFC




LAPORAN POLIS OLEH JINGGA 13 TERHADAP


 SKANDAL NFC 


ISU:  ONE MENERUNG 



TARIKH : 22 NOVEMBER 2011


MASA : 11 PAGI


TEMPAT : BALAI POLIS DANG WANGI

SEMUA DIJEMPUT HADIR!! SEBARKAN !!!!



Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...