Kenyataan Polis Selepas Penghimpunan BERSIH 2.0
Polis dakwa Mat Sabu jatuh sendiri, bukan polis langgar
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan pada 9 Julai lalu, tetapi kerana “jatuh sendiri.” Menurut Salleh, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian iaitu di Sri Bukit Persekutuan secara jelas Mohamad mengalami kecederaan bukan disebabkan dilanggar Land Rover tetapi terjatuh selepas motorsikal diboncengnya hilang kawalan lalu jatuh.
Pihak polis turut menayangkan rakaman CCTV pada sidang media, mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki polis langsung tidak “menyentuh” motosikal yang dibonceng Mohamad.
“Kita nak menjawab tohmahan yang dilemparkan Mat Sabu (Mohamad) (gambar) tentang dia dilanggar land rover polis, Mat Sabu memboncengkan sebuah motosikal dengan diiringi sebuah lagi motosikal dan kita mengekori Mat Sabu yang mahu menuju ke ibu negara.
“Tetapi apabila tiba di Jalan Mahameru (yang ditutup) dia mengikut jalan lain dan polis terus mengekorinya, kita ada mengeluarkan arahan, namun tidak dipedulikan sehingga sampai di Sri Bukit Persekutuan.
“Di sana, motosikal yang diboncengnya telah membuat satu pusingan U, melanggar bahu jalan lalu terlanggar bahagian tepi kanan kereta Waja (milik polis) lalu terjatuh,” kata Salleh pada sidang media yang diterangkan bersama rakaman CCTV itu.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah Waja mengekori Mohamad.
Kata Salleh, rakaman CCTV itu membuktikan Mohamad tidak dilanggar Land Rover seperti mana yang didakwa. “Dia tidak langgar (polis), tiada pelanggaran yang berlaku... kita tidak langgar tapi kita tolong dia (selepas terjatuh). “Tapi Mat Sabu kata dia dilanggar sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal langgar bahu jalan, hilang pertimbangan dan terus melanggar bahagian tepi kanan kereta polis,” katanya. Mohamad sebelum ini mendakwa beliau dilanggar Land Rover milik polis dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.
Jelas Salleh, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.
“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan. “Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.
Sumber:http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/polis-dakwa-mat-sabu-jatuh-sendiri-bukan-polis-langgar/
Sumber:http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/polis-dakwa-mat-sabu-jatuh-sendiri-bukan-polis-langgar/
KENYATAAN TERBARU OLEH PDRM
Mat Sabu tidak endah arahan: Polis
Tarikh : November 17, 2011
Ketua Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff, memberi keterangan polis sudah mengeluarkan arahan kepada dua motosikal dibonceng Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berhenti di Jalan Travers, semasa hari perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.
Menurutnya, dua motosikal dinaiki empat lelaki itu, enggan berhenti dan seolah-olah hendak melarikan diri daripada polis sehingga di Jalan Bukit Persekutuan.
“Di Jalan Bukit Persekutuan, motosikal pertama ditunggang oleh saksi (Mohd Zulkifli Abdul Halim) dan dibonceng Mohamad Sabu itu, membuat pusingan U, apabila menyedari kereta Pajero kami cuba memintas dan kebetulan terdapat pos pengawal di hadapan jalan.
“Kereta pasukan bantuan saya di belakang, iaitu Waja yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), cuba menghalang laluan setelah melihat kedua-dua motosikal cuba melarikan diri,” katanya.
Kamal pada ketika itu menaiki kereta Pajero tidak tertera logo polis dan berada di hadapan, sambil diiringi dua kereta Waja yang mempunyai logo PDRM.
Beliau berkata demikian, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih di hadapan panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam.
Kamal berkata, motosikal dipandu Zulkifli melanggar kereta Waja tertera logo PDRM dan penunggang serta pembonceng terjatuh.
Menurutnya, beliau menyedari kehadiran motosikal terbabit, semasa membuat rondaan di Jalan Maharajalela dan mengekori motosikal itu sehingga ke Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Syed Putra, Jalan Robson, Jalan Tun Sambathan dan Jalan Travers kerana berasa curiga.
“Di Jalan Travers, kereta Pajero saya menghampiri motosikal pertama dan mengarahkan berhenti sambil menunjukkan kad kuasa polis, namun penunggang tidak menghiraukan arahan.
“Seterusnya, saya memberi arahan kepada kereta Waja berlogo PDRM untuk mengarahkan mereka berhenti bagi membolehkan kami memeriksa pengenalan diri, namun tetap tidak diendahkan,” katanya. Kamal berkata, selepas pelanggaran berlaku, beliau mengarahkan anggotanya membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua penunggang dan pembonceng.Menurutnya, hanya Mohamad mengalami kecederaan kecil di bahagian lutut, sementara tiga rakannya tidak mengalami kecederaan. “Selepas pelanggaran, kami membawa mereka ke Balai Polis Jinjang atas kesalahan di bawah Seksyen 28A KPJ menghalang tugas penjawat awam kerana, tidak memberi kerjasama.
“Setibanya di balai polis, mengarahkan anggota untuk membawa Mohamad berjumpa pegawai perubatan di balai. Selepas mendapat pemeriksaan di balai, Mohamad meminta untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan x-ray pada kakinya,” katanya.
Menurutnya, pihak polis bertindak menghantar Mohamad ke HKL dan selepas pemeriksaan di sana, Mohamad dihantar kembali ke balai polis sebelum dibebaskan pada tengah malam 9 Julai 2011.
WARTA JINGGA : APAKAH TUGAS UTAMA PDRM???
- Menembak rakyat dengan gas pemedih mata ketika perhimpunan secara AMAN?
- Memukul rakyat ketika perhimpunan secara AMAN?
- Menutup kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN?
- Mengeluarkan pelbagai jenis saman termasuk saman EKOR kepada rakyat?
- Menjaga kepentingan pemimpin tertinggi BN dan kroni-kroni mereka?
- Menipu rakyat semata-mata untuk mempertahankan KEZALIMAN Polis terhadap RAKYAT?
anjlinabatra · 232 weeks ago