PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 25 November 2011

Robot tercanggih teroka marikh

WASHINGTON: Robot terbesar dan paling canggih pernah dicipta bakal dilancarkan esok bagi meneroka planet Marikh.Robot yang menggunakan kuasa nuklear dan sebesar sebuah kereta kecil itu bakal memulakan perjalanan selama sembilan bulan bagi misi penerokaan menentukan adakahplanet itu sesuai atau pernah sesuai menampung sebarang hidupan.Makmal Sains Marikh bernilai AS$2.5 bilion ($3.3 bilion) itu akan dilancarkan ke Marikh dengan menaiki roket United Space Alliance Atlas 5 esok pada 1502 GMT (11.02 malam waktu Singapura) dari Stesen Angkatan Tentera Cape Canaveral, di selatan Pusat Angkasa Kennedy.

Ia dijangka mendarat di kawasan Gale Crater, Marikh, pada 5 Ogos tahun depan.Kawasan Gale Crater dipilih kerana ia mempunyai gunung setinggi lima kilometer dan dipercayai mengandungi mendapan dan tanah liat, yang mungkin pernah mengandungi air, dan oleh itu, kehidupan.'Tempat ini kelihatan mempunyai harapan, memandangkan ia pernah mengandungi air suatu masa dahulu membuatkan ia tempat yang boleh didiami,' kata saintis utama bagi program Penerokaan Marikh Nasa, Encik Michael Meyer.Di bumi, kehidupan mikrob wujud di mana sahaja air wujud, oleh itu para saintis berharap perkara yang sama juga berlaku di Marikh.

Pihak Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) melihat robot peneroka itu sebagai titik pertengahan dalam perjalanan panjang meneroka Marikh, yang bermula pada 1976 dengan pendaratan kapal angkasa Viking di planet itu.Sebarang maklumat yang dikirimkan melalui misi terbaru itu, tentang kesesuaian Marikh untuk didiami dan kadar radiasi planet itu akan digunakan Nasa bagi menentukan misi penerokaan selanjutnya.

Robot peneroka, yang juga digelar Curiosity itu dan seberat 899 kilogram itu, dilengkapi kamera video dan alat menganalisis batu dan tanah yang canggih.Tangan robot itu juga boleh menggerudi tanah atau batu dan mengisarnya sehingga menjadi serbuk sebelum makmal kimia bergerak di robot itu menganalisis serbuk itu dan mengirimkan maklumat kandungannya ke bumi

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...