PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 25 November 2011

Lagi Tuduhan rasuah membabitkan kementerian belia dan sukan

JAKARTA: Seorang pegawai Kementerian Ehwal Belia dan Sukan Indonesia, Wafid Muharam, menghadapi hukuman penjara enam tahun jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah berhubung pembinaan projek Perkampungan Atlit Sukan SEA di Palembang.



Pendakwa, Encik Agus Salim, memberitahu Mahkamah Antirasuah di Jakarta bahawa Wafid, setiausaha Kementerian Ehwal Belia dan Sukan, telah menerima cek bernilai 3.2 bilion rupiah ($459,684) kerana memberikan projek bernilai 191 bilion rupiah kepada syarikat pembinaan Duta Graha Indah.


Selain itu, pihak pendakwa turut meminta agar Wafid dikenakan denda 200 juta rupiah atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.Sebelum itu, Muhammad El Idris dari syarikat Duta Graha Indah dan Mindo Rosalina Manulang dari syarikat Anak Negeri didapati bersalah memberi rasuah kepada Wafid dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua setengah tahun.

Pihak pendakwa berkata Wafid patut dikenakan hukuman lebih berat kerana sebagai pegawai perkhidmatan awam, tindakannya tidak menyokong usaha pemerintah membasmi kegiatan rasuah dan dia tidak menunjukkan contoh yang baik kepada kakitangannya.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa para pegawai antirasuah Indonesia telah mengawasi gerak-geri Wafid selama lima jam sebelum menyerbu pejabatnya dan merampas sampul-sampul surat mengandungi $151,550.'Sampul-sampul surat itu mengandungi mata wang rupiah, dolar Amerika Syarikat, Australia dan euro. Pegawai itu, setiausaha di Kementerian Belia dan Sukan, tertangkap ketika melakukan jenayah,' kata jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), Encik Johan Budi.

Selain wang tunai, pihak berkuasa turut menemui cek bernilai 3.2 bilion rupiah.Skandal rasuah pembinaan perkampungan atlit di Palembang itu turut melibatkan pemilik syarikat Anak Negeri dan bendahari Parti Demokrat - parti yang dianggotai Presiden Susilo Bambang Yudhoyono - Muhammad Nazaruddin.

Skandal rasuah itu telah menjejas ikrar pilihan raya Dr Yudhoyono yang mahu membanteras rasuah dan menyebabkan popularitinya menurun.Perbicaraan kes Wafid akan disambung Rabu depan

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...