Kenapa agaknya si suami tidak mahu dikenali? Benda yang elok dan baik, tak salah kalau disebarkan.. lagipun kalau dah sah apa nak ditakutkan lagi? Inilah satu-satunya gambar suaminya yang jelas dan terang!.
Rasa-rasanya sesiapa pun kenal dengan wajah suaminya .. mukanya mcam...err,yang dah bersara dari kerajaan beberapa tahun lalu... Yang menjadi persoalannya.. adakah kerana beliau telah bersara dan secara tiba-tiba menjadi kaya raya dan boleh menyediakan hantaran perkahwinan yang mewah seperti ini tanpa ditaja sesiapapun? namun lelaki ini masih disiasat betul atau tidak kesasihannya...
Dari Oh!Bulan,com
Rakan media, Gua Malaysia melaporkan satu perkara yang menjadi perhatian OHBULAN! berkenaan perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak. Syella Kamarudin mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta, namun menafikan hantaran kereta Mini Cooper seperti yang dipaparkan dalam artikel OHBULAN! tempoh hari.
“Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.”
Majlis resepsi yang diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November turut meraikan perkahwinan 2 orang adiknya dan dihadiri oleh 1300 tetamu itu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat & rakan.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.
“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”
Fakta mengenai kereta :
- Harga semasa Mini Cooper – RM195000
- Harga semasa Mini Cooper S – RM250000, MINI Coupé launched – only in 1.6 Cooper S form, RM250k
- Harga semasa Audi R8 – RM800000, Audi R8 GT: More power, less weight, not bare bones
WARTA JINGGA: SEPATUTNYA SPRM DAN PDRM MENYIASAT SUAMINYA INI KERANA DICURIGAI TELAH MENDAPAT WANG YANG MELEBIHI PENDAPATAN BELIAU YANG SEPATUTNYA...
KITA TUNGGU SIAPAKAH LELAKI INI !
anjlinabatra · 231 weeks ago