PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 7 February 2012

Guna dana KWSP, Pakatan sahut cabaran debat


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
Kenyataan bersama itu ditegaskan Sekretariat Pakatan Rakyat yang terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
“Perbahasan sebaik-baiknya disiar secara langsung di Televisyen bagi memberi peluang kepada rakyat seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak menilai perdebatan itu secara adil dan bebas,” kata mereka.
Semalam, Harian berbahasa Inggeris Malay Mail, memetik Nong Chik mengajak perdebatan terbuka dijalankan bagi membahaskan isu itu.
Mengalu-alukan kenyataan itu, Pakatan bagaimanapun mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu bersikap telus dalam menjawab isu itu.
Mengenai kenyataan politik Nong Chik yang bertanya sama ada golongan miskin bandar tidak layak mendapat rumah, sekretariat Pakatan itu menjawab sebagai berikut:
“Kami menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah. Bagaimanapun ia tanggungjawab kerajaan dan bukannya golongan pekerja,” katanya.
Oleh itu, katanya, adalah tidak adil kerajaan membebankan golongan pekerja dengan menggunakan dana KWSP.
Ini bukan kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang KWSP kerana banyak projek lain mengambil sumber KWSP sekaligus menunjukkan kedudukan kewangan negara semakin lemah di bawah pentadbiran Najib.


Oleh:Masdar Wahid (Keadilan Daily)

Kerajaan BN salahguna Dana KWSP kerana hutang yang tinggi!


KUALA LUMPUR 6 Jan: Penyalahgunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pinjaman mudah kepada pembeli rumah kos rendah, merupakan usaha kementerian kewangan mengurangkan keperluan menambah hutang kerajaan.
Perkara itu dinyatakan  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menegaskan kerajaan sepatutnya mengeluarkan bon kepada institusi itu.


“Dalam amalan biasa, sebarang program kebajikan disumbang oleh kerajaan persekutuan melalui cukai keuntungan.
“Jika hasil cukai terbukti tidak mencukupi, kerajaan persekutuan boleh menerbitkan bon untuk meningkatkan wang bagi pembiayaan belanja defisitnya.
“Dalam keadaan biasa, KWSP boleh melanggan bon-bon yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan, untuk memberi kesan pinjaman kepada kerajaan persekutuan,” tegas dua ahli parlimen ini.
Mereka mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Nong Raja Zainal Abidin mengumumkan penggunaan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion kepada mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah.
“Perbezaan antara kedua pendekatan ini ialah kerajaan persekutuan dianggap peminjam berisiko rendah dan oleh itu sumbangan oleh pekerja dalam KWSP dianggap selamat, sementara pinjaman bagi mereka yang gagal memperoleh pinjaman perumahan komersil dianggap peminjam yang berisiko tinggi,” tegas mereka. “Kami merumuskan bahawa kerajaan tidak meminjam secara langsung daripada KWSP, dan sebaliknya meluluskan wang kepada KWSP untuk meminjamkan secara langsung kepada pembeli perumahan kos rendah kerana kerajaan tidak mahu meningkatkan lebih banyak hutang yang sudah pun ditahap yang tinggi,” tegasnya.
Ini kerana hutang kerajaan sudah mencecah RM456 bilion pada 2011, iaitu 84 peratus peningkatan daripada RM242 bilion lima tahun lalu pada 2006.
“Pada ketika tahap hutang kita dijangka bertambah dengan nyata pada tahun hadapan akibat rancangan infrastruktur besar seperti  MRT di Lembah Klang bernilai RM5.3 bilion dan Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM7.1 bilion, Kementerian kewangan cuba mengurangkan semua obligasi hutangnya,” ujar mereka.

Sunday, 5 February 2012

Anak Sungai Derhaka: Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita gembira buat anda semua..

Anak Sungai Derhaka: Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita gembira buat anda semua..: Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita gembira buat anda semua..

Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita gembira buat anda semua..


Kepada penyokong dan juga pengundi-pengundi UMNO/BN di negeri Johor yang berulang alik ke Singapore, ini adalah satu hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat anda semua.. bergembiralah!!


Pemegang konsesi Eastern Dispersal Link (EDL), MRCB Berhad akan mengenakan bayaran tol semurah RM6.20 untuk perjalanan satu hala bagi sebuah kereta.

Disamping RM6.20 yang dikenakan oleh EDL itu, para pengguna link tersebut juga dikehendaki membayar RM1.45 to PLUS Bhd, ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk menyeberang Tambak Johor menggunakan EDL ialah RM7.65 satu hala dan pergi balik menjadi RM15.30 sahaja.

Harga tol yang dikenakan ini bolehlah ditakrifkan sebagai murah gila oleh penyokong UMNO/BN di Johor kerana mereka hanya perlu membayar RM7.65 untuk menggunakan laluan sepanjang 8.1Km.

Ini adalah murah jika dibandingkan dengan pengguna Jambatan Pulau Pinang yang terpaksa membayar RM7.00 (anak negeri Pulau Pinang RM5.60) untuk perjalanan sejauh 14Km.

Perlu diketahui harga tol untuk Jambatan Pulau Pinang telah dicadangkan oleh syarikat kroni UMNO/BN untuk ditingkatkan (baca diselaraskan) menjadi RM9.80 selepas PRU12 yang lalu tetapi ianya telah ditentang oleh Pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Berbalik kepada isu harga tol yang dikenakan oleh EDL di negeri Johor, perkara tersebut telah dibawa kesidang DUN Johor oleh ADUN Stulang, Mok Chek Hou.. tapi macam biasalah.. depa peduli apa!! Pasal penduduk Johor sayang UMNO/BN..

Tahniah penduduk Johor!! Undilah Barisan Nasional lagi!!

Sokongan berterusan anda itu membolehkan UMNO/BN melakukan apa saja yang mereka mahu.

SMM Jadi Kuda Tunggangan UMNO?


Perancangan SMM sudah di kenal pasti.? Siapa pertualang di belakang mereka untuk berhimpun di hadapan wisma darul aman pd 19-feb-2012, SMM bukan lagi pembela mahasiswa tetapi mereka sudah menjadi kuda tunggangan umno, mereka bukan mahu menentang AUKU tetapi SMM merancang dan menburuk-burukan  kerajaan kedah,inilah perancangan umno di sebalik SMM mengunakan tipu muslihat saraf mereka dalam kumpulan yg bergelar SMM,


Mencari glamor bukan dalam SMM..tapi jika nak jadi hero silakan ....?? umno bersedia menbantu anda, lihat apa jadi kepada Hassan Ali...?? SMM kini sama lah seperti hassan Ali..??

Jentera umno bersama dgn SMM cuba mencari dan menburuk-burukkan kerajaan Kedah dengan serangan isu KUIN ...?Mengatakan MB kedah menyokong AUKU, SMM sudah lupa yg Kedah adalah negeri Pakatan Rakyat yg sekian lama tidak menyokong akta AUKU yamg dilaksanakan oleh UMNo(BN) selama ini. Siapa SMM yg mahu menunjukan yg mereka penentang AUKU.? Berapa tahun SMM  menentang akta AUKU..? PAS kedah sudah lama menentang Akta AUKU yg di laungkan oleh SMM Adakah SMM ini silap perhitungan atau sedang mencari publisiti murahan yg di dalangi oleh Umno, bagi pemuda PAS kedah Akta Auku sudah lama mereka perjuangakan jika Auku berlaku di kedah iaitu di Insaniah (KUIN) sudah lama Pemuda Pas Kedah akan menentangnya,


   Apa yang kita lihat SMM hanya bertujuan menburuk-burukkan kerajaan Kedah dan pentadbiran KUIN , megapa SMM beriya-iya mahu meneruskan agenda berhimpun di Kedah pd 19-feb ini..? tak lain tak bukan  SMM yg di perkudakan oleh umno ini sedang cuba menburuk-burukkan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda politik umno, jika mahu menbela mahasiswa mengapa tidak beri Ahmad Aiman Ab Razab masuk dan meneruskan belajar di KUIN, sedangkan rakan-rakan Ahmad Aiman sudah pun belajar seperti biasa.? Mengapa  Ahmad Aiman tidak mahu belajar dan sudah pun menyaman pentadbiran KUIN dan Kerajaan Negeri Kedah? Siapa yg memaksa Ahmad Aiman berbuat demikian..? Tentulah SMM yg bertulang belakangkan umno menjadi pertualangnya.? Sebenarnya SMM yg di pimpin oleh Ahmad Sukri AB Razab ini adalah dari kalangan mahasiswa yg sedang mencari publisiti mereka adalah pro aspirasi yg menyokong  umno tetapi mereka ini adalah pelakon-pelakon yg di beri upah oleh umno.?

     Agenda utama SMM ialah menburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat...seperti Umno Kedah membela surau yg berusia 100 tahun sedangkan surau itu baru dibina pd tahun 2007...kononnya merekalah yg selama ini jadi pembela surau dan masjid  bila di runtuh, pembela Surau Solihiah kita tinggal keseorangan dia pengerusi badan bertindak akan berdepan dengan Pejabat Agama Kedah dan mufti-mufti di dalam mahkamah, kita tunggu si pembela surau ini  si Mansor, apa akan jadi dia di dalam makamah.? SMM samalah dengan pengerusi badan bertindak surau Solahiah ini, kedua-dua badan ini ditulangi oleh umno kedah, kita susah kenal pasti siapa mereka...?
Mahasiswa jangan sekali-kali menghampiri kumpulan yg bergelar SMM, lebih baik mahasiswa berada dalam gerakan seperti Gamis dan lain yg pro kepada islam, budaya SMM ini adalah budaya samseng yg diajar oleh umno. Mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan dakyah umno. Yang pasti Gerakan mahasiswa Islam lebih tahu dari SMM..?? Mereka hanya mencari popular dalam menjuarai pembela mahasiswa...?
Kes di KUIN bukan sama dengan kes di UPSI, di UPSI mahasiswa bangkit kerana menurunkan bendera gambar Najib, adakah salah turunkan gambar Najib..?? Itu persoalannya..? tetapi SMM di KUIN berlaianan, kes ini berlaku dalam isu kecil itupun di dalangi oleh umno kedah, Kes di KUIN hanya berkisar dari pertukaran bilik kelas. Itu saja ? Apakah itupun SMM bodoh berfikir..?
Pelajar-pelajar ini sudah pun meneruskan pengajian mereka dengan tenang di KUIN, hanya seorang yg di dalangi SMM dan Umno yg beriya-iya menyaman pihak pentadbiran KUIN dan kerajaan Kedah..???



Wajah KUIN  zaman pemerintahan PAS tahun 2000 -2012.....menjadi kolej yg terbaik di Malaysia....Tanpa AUKU Kedah Sejahtera! Mahasiswa terbela.

Contohlahi GAMIS ..sebagai persatuan mahasiswa yg berpengalaman menangani masalah mahasiswa...

Saturday, 4 February 2012

Video Panas : Makcik Rempuh Kedai Superbike Dengan Wira!!

Video CCTV dari sudut dalam kedai

Video CCTV dari luar kedai
KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.
“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.
“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.
Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.
Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.
“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.
“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.
Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.
Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.
Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

MCA Pun Kasi Angpau Putih : Ibrahim Ali

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

NONE

“Cuba lihat berita bergambar dalamSinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepadaMalaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

NONEJelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

sumber : MalaysiaKini

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...