PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 12 November 2011

11.11.11 - Piramid ditutup elak upacara!


KAHIRAH: Mesir dijadualkan menutup Piramid Besar Giza semalam bagi mengelakkan sebarang upacara oleh sebuah kumpulan meraikan tarikh 11/11/11 di tempat itu, kata seorang pegawai.

Keputusan itu dibuat 'selepas menerima banyak tekanan' daripada para pengguna Internet Mesir bahawa upacara aneh akan diadakan 'dalam pekarangan dinding piramid itu pada 11 November 2011,' kata Atef Abu Zahab, ketua Jabatan Arkeologi Firaun, kepada agensi berita AFP.


Majlis Agung Kepurbaan Mesir mengesahkan penutupan tapak pelancongan itu semalam dalam satu kenyataan, yang hanya merujuk kepada keperluan penyenggaraan berikutan satu tempoh sibuk semasa hari percutian Islam.

Piramid Cheops adalah yang terbesar dan paling terkenal daripada tiga piramid Giza. Ia menempatkan makam Firaun Khufu, dan merupakan satu-satunya piramid yang mampu bertahan daripada tujuh keajaiban dunia purba.

Pakar-pakar numerologi ghairah menunggu tarikh 11/11/11, semalam, apabila penjajaran angka itu berlaku pada 11.11 pagi, yang dipercayai oleh sesetengahnya akan menyebabkan berlakunya peristiwa luar biasa.Ribuan orang merancang bertemu pada waktu itu di seluruh dunia bagi mengadakan tarian upacara, manakala beberapa ruang yang didedikasikan kepada tarikh tersebut muncul di laman web rangkaian sosial seperti Facebook.

Sesetengahnya menganggap angka 11 mempunyai kuasa paranormal yang boleh dijadikan saluran perhubungan dengan fikiran separa sedar, manakala yang lain pula melihat hubung kait antara angka itu dengan kejadian bencana, seperti serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 (9/11

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...