PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 11 November 2011

Bila LEMBU DIPERLEMBUKAN??


Dari blog MiloSuam:
Semalam, sebuah gerakan yang menamakan diri mereka sebagai GAPS telah hadir ke Pejabat SUK, Selangor untuk menghantar memorandum.

Difahamkan kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki botak berambut ala-ala "punk" campur "skinhead" itu mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin PKR berhubung pembelian rumah kos rendah, PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin).


Di bawah ini salah seorang wanita yang mendakwa dirinya turut ditipu oleh pemimpin PKR atas pembelian rumah dari skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT tersebut.

Difahamkan, dia dan pembeli-pembeli lain telah membayar RM2,100 wang deposit untuk mendapatkan rumah skim untuk rakyat miskin tersebut. Namun sehingga kini tidak dapat memasukinya.

_______________________________________________________________

ReJaM© tidak ada masaalah dengan memorandum yang dihantar ini. Jika benar ia untuk membela rakyat berpendapatan rendah, menolong orang susah ReJaM© sangat mengalu-alukannya.


Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah, benarkah mereka ini layak mendapat rumah PPRT untuk rakyat termiskin tersebut?

Wanita ini contohnya, dilihat datang menaiki sebuah 4WD Storm EVO. Adakah seorang wanita yang memiliki sebuah pacuan 4 roda Storm Evo adalah rakyat miskin yang layak mendapat rumah PPRT?


Lihat gambar semasa wanita ini ditemuramah (gambar atas), nampak tak ada microfon TV3 Al-Musyrikin? Apa maksudnya?

Kita bagi peluang TV3 putar belitkan isu ini sampai terbelit-belit untuk memburukkan MB Selangor. Kemudian sebuah video panas akan didedahkan berhubung isu ini. Tunggu...

Rumah PPRT untuk rakyat miskin sajalah makcik, bukan untuk orang kaya...


ReJaM© "Hebat tak Selangor? Orang miskin pun mampu pakai Storm EVO..."







HARI INI :Dari Malaysiakini:
Exco: K'jaan S'gor tak lantik ejen beli rumah kos rendah

house buyer, memorandum to mb selangor4Malah, setiap pembeli yang mahu mendapatkan rumah berkenaan perlu berurusan terus dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LHPS).

"Pihak kerajaan negeri tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan pembelian rumah kos rendah. Ianya langsung dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

"Dan tidak ada bayaran deposit untuk mendapatkan borang atau untuk mendaftar (bagi mendapatkan) rumah," katanya dalam satu sidang media selepas sidang DUN Selangor.

Sehubungan itu, tegasnya, pihak yang mendakwa mewakili kerajaan negeri untuk mengutip wang bagi membeli rumah kos rendah, adalah "pihak yang tidak bertanggungjawab dan palsu".

Menurutnya lagi, susulan itu lembaga tersebut telah membuat empat laporan polis terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.

Laporan polis itu bertarikh 14 Oktober 2010, 9 Mei 2011, 20 September 2011 dan 5 oktober 2011.

"Bagi kerajaan negeri, kita menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan," katanya.


Warta Jingga : Apa yang berlaku sebenarnya adalah ramai pembeli percayakan agen hartanah yang sanggup mempergunakan dan menjaja nama ahli politik untuk melariskan jualan hartanah mereka sehingga pembeli sanggup membayar deposit dahulu tanpa melalui peguam/pesuruhanjaya sumpah. Akhirnya apabila menyedari dirinya ditipu, pembeli akhirnya akan menyalahkan ahli-ahli politik tersebut sedangkan mereka tidak tahu menahu. Perkara ini sudah lama berlaku dari dulu, kini dan apakah akan berlanjutan selama-lamanya? KENAPAKAH INI MASIH BERLAKU? 

Adakah ini yang dikatakan Bila LEMBU DIPERLEMBUKAN? Wallahualam...


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...