PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 19 December 2011

Akhirnya Lembu Shahrizat akan disembelih di Putrajaya?


Akhirnya teka-teki mengenai tanah yang dibeli oleh NLMC terjawab hari ini, apabila NGO Jingga13 dan rakyat Malaysia yang hadir pada hari ini telah dibawa menyaksikan sendiri tanah yang dibeli oleh NLMC yang terletak di Presint 10, Putrajaya yang telah  dibayar tetapi belum ditukar milik oleh pemilik asal tanah tersebut iaitu Putrajaya Holding Berhad. Yang lebih menghairankan apabila tanah tersebut kelihatan seperti padang ragut. lihat gambar diatas.

Tanah yang berharga RM3,363,507 juta dikatakan telah dibayar oleh NLMC, dengan menggunakan wang yang diperuntukan dari dana rakyat RM 250 juta ini dikatakan sehingga ke hari ini masih tidak ditukar nama. Yang lebih menghairankan apabila tanah ini sebenarnya hanyalah sebanyak 2 lot sahaja tetapi harganya cukup mahal bagi tanah yang layak dibuat padang ragut lembu ini. Rujuk gambar diatas.

Jingga13 yang diketuai oleh Pengerusinya En. Fariz Musa diiringi oleh Ketua PKR Cabang Putrajaya En. Onn bin Abu Bakar juga telah memeriksa tanah tersebut dan mendapati tanah tersebut sebenarnya tidak mungkin berharga hampir RM 3.4 juta dan meminta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat kebenaran  mengenai tanah ini. Ini kerana wujudnya anasir-anasir rasuah dan penyelewengan dana rakyat yang boleh membawa kepada kerugian yang besar kepada NLMC.   


Antara yang hadir dan menyaksikan tanah milik syarikat suami Shahrizat (NLMC) adalah skuad Jingga13 dan rakyat Malaysia yang ingin melihat dengan mata kepala mereka sendiri, tanah yang dikatakan bernilai hampir RM 3.4 juta yang dibeli dengan menggunakan dana rakyat yang diperuntukan sebanyak RM 120 juta untuk menternak dan menjual daging-daging lembu bagi memenuhi pemintaan pasaran daging lembu tempatan.




Yang lebih menjadi tanda-tanya kami yang hadir adalah apabila 3 orang yang mengaku diri mereka sebagai wartawan dari akhbar pro-umno iaitu Utusan Malaysia hadir untuk menemuramah serta menyaksikan sendiri tanah tersebut. Apakah dengan kehadiran mereka ini telah mendapat restu dari ketua mereka untuk meningkatkan serangan terhadap Datuk Shahrizat Abd Jalil supaya dijadikan korban "lembu hitam" bagi menyelamatkan maruah umno dan Barisan Nasional yang telah terjejas teruk kerana skandal lembu NFC ini?




Adakah dengan pendedahan oleh wakil Utusan Malaysia esok akan menguatkan lagi dakwaan bahawa Putrajaya akan dipilih menjadi Pusat Lembu Ternakan? (baca disini). Inilah yang patut disiasat oleh PDRM & SPRM serta menangkap dan mendakwa mereka-mereka yang telah menipu dan menyalahgunakan dana dan wang rakyat Malaysia ini. 
gambar dari lianglahad.blogspot.com






Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...