PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 21 December 2011

Tun Dr M suka bersumpah?



Inilah yang berlaku apabila Dr M ditanya mengenai pinjaman dana Bank Dunia. Sebelum ini pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR bahawa Malaysia pernah menerima dana daripada Bank Dunia  untuk menangani kiris kewangan  pada 1999. Yang menjadi persoalannya kenapa perlu bersumpah? Bukankah sumpah dalam ISLAM hanya wajib kepada suami dan isteri yang dituduh berzina? Tidakkah Dr M sedar jika tabiat suka bersumpah ini adalah kerja orang-orang munafik? Seperti mana yang dikatakan oleh Dato' Dr. Fatma Az-Zahra?  



Inilah masalahnya jika seseorang muslim yang suka bersumpah untuk menunjukkan beliau sebenarnya tidak bersalah sedangkan beliau sendiri mengakui Malaysia ada meminjam dana Bank Dunia pada krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1999. Nampak sangat beliau sebenarnya pembohong! Dahler pembohong nak bersumpah pula? Apakah tabiat bersumpah ini sudah menjadi tabiat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam melepaskan diri dari kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan?
  
----------------------------------------------------------------------------------------

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999,

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa di tahu apa yang dia kata itu benar.

Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

sumber :http://www.malaysiakini.com/news/184649

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...