PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 20 January 2012

Akhirnya Peguam Negara (AG) terpaksa ikut "bontot" Sayfool?


Akhirnya Peguam Negara (AG) diberitakan telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012. 

Semalam Saiful dikhabarkan telah menghantar sepucuk surat rayuan terakhir kepada Peguam Negara supaya memfailkan notis rayuan tersebut.


AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat II

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
    
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.


Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
    
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
    
Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".
    
Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.
    
Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan  Peguam Negara.





Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...