PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 18 January 2012

Kad kredit NFC: Polis digesa siasat keluarga Shahrizat


KUALA LUMPUR 17 Jan: NGO Jingga 13 membuat laporan polis menggesa siasatan dijalankan terhadap keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ia ekoran penyelewengan dana National Feedlot Corporation untuk membiayai kad kredit milik mereka berjumlah hampir RM600,000 sebagaimana didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.

Sehubungan itu, Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa turut mendesak keluarga Shahrizat mendedahkan kepada umum penyata kad kredit milik keluarganya. “Jika enggan, kita akan terus mendedahkan penyelewengan NFC dari semasa ke semasa kerana dana NFC adalah wang rakyat,” kata beliau. Laporan polis tersebut dibuat oleh Sekretariat Jingga 13, Viknesvaran di Balai Polis Dang Wangi tengahari tadi. Menurut Vikneswaran, rakyat Malaysia berhak tahu perincian penggunaan kad kredit milik keluarga Shahrizat yang menggunakan dana berkenaan kerana ia jelas merupakan satu kesalahan pecah amanah. “Ini jelas berlakunya jenayah pecah amanah seperti termaktub dalam AKta 613 Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Turut dilampirkan dalam laporan polisnya hari ini ialah transaksi penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB yang tertera nama suami dan anak-anak Shahrizat sepanjang 2009. Semalam, KEADILAN mendedahkan Shahrizat membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang dibiayai oleh dana NFC. Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit berkenaan bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang. Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), Wan Shahinur Izran (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah).

No comments:

Post a Comment

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...