PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 30 April 2012

Jingga 13 Desak Pengerusi dan Seluruh Jawatankuasa SPR Letak Jawatan!!!


SPR WAJIB BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEZALIMAN DAN BRUTALITI PIHAK POLIS TERHADAP PESERTA BERSIH 3.0 DAN PENGERUSI , TIMBALAN PENGERUSI DAN SELURUH JAWATANKUASA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA


Perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 april 2012 adalah merupakan inspirasi dan manifestasi rakyat yang menuntut agar berlaku pembersihan pilihanraya serta agar sistempilihanraya direformasikan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) demi kecintaan kepada negara.

KEGAGALAN SPR sebagai badan yang berkecuali , bebas , adil , telus dan profesional semakin ketara dari masa ke semasa , menjadikan SPR gagal dalam melaksanakan proses dan sistem pilihanraya yang benar-benar telus , adil dan profesional . 8 Tuntutan BERSIH adalah ke arah menjana sistem pilihanraya yang benar-benar bersih .

Rakyat turun ke jalanraya KERANA KEGAGALAN SPR. Sekiranya SPR mampu menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan telus, adil dan profesional sudah pasti rakyat tidak akan turun ke jalanraya dan melakukan perhimpunan sepertimana BERSIH 1.0 hingga 3.0.

Insiden yang menimpa rakyat akibat tindakan brutaliti pihak polis yang bertindak zalim tanpa
perikemanusiaan telah mengakibatkan perhimpunan yang sepatutnya aman menjadi hilang arah, tidak terkawal dan ratusan rakyat ditangkap serta ribuan dicederakan tanpa belas kasihan .

Apa yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah KERANA KEGAGALAN SPR DAN SPR TERUS MENJADI ‘TALI BARUT’ KEPADA PARTI PEMERINTAH UMNO/BN SERTA BERSIKAP TIDAK ADIL ,
TELUS DAN PROFESIONAL .

JINGGA 13 MENDESAK AGAR PENGERUSI , TIMBALAN PENGERUSI SERTA SELURUH JAWATANKUASA SPR MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA DAN WAJIB BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG BERLAKU DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 .

JANGAN SAMPAI RAKYAT BANGKIT SEKALI LAGI MELAKSANAKAN BERSIH 4.0 YANG BILA-BILA
MASA BOLEH DIADAKAN !

Rakyat semakin berpengalaman berdepan dengan pihak polis yang terus menjadi tunggangan pihak UMNO/BN. Kemarahan rakyat sudah tidak mampu dibendung lagi dan semua ini angkara SPR yang gagal menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh berkecuali , adil, telus dan profesional.



Tarikh : 30 April 2012








KENYATAAN MEDIA JINGGA13

BRUTALITI POLIS : PM,MENTERI DALAM NEGERI,SPR DAN KETUA POLIS NEGARA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

Jingga 13 menyelar tindakan brutaliti polis yang ternyata menjadi punca tercetusnya susana gawat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 semalam. Tembakan gas pemedih mata yang ditembak kepada para demontran aman semalam telah mengakibatkan suasana yang tidak terkawal dan mencetuskan kemarahan rakyat kerana kehadiran lebih 250 ribu orang menyertai BERSIH 3.0 dengan niat aman dan bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

4 orang ahli Sakretariat Jingga 13 turut ditahan , dipukul dan dicederakan oleh pihak polis membuktikan tindakan brutaliti polis yang tidak dapat disangkalkan dan turut dilakukan terhadap semua demonstran yang turut dibelasah dan dicederakan. Tindakan kereta polis yang muncul ditengah-tengah para demonstran disaksikan oleh saya sendiri yang bertindak memecut ditengah-tengah para demonstran yang menimbulkan kemarahan sehingga telah melanggar orang yang tidak bersalah. Isu kereta polis melanggar orang secara membabi buta tidak digemburkan tapi media UMNO terus menceritakan bagaimana para demonstran bertindak ganas terhadap anggota polis dan kereta polis . Isu beberapa orang yang dilanggar oleh anggota polis tersebut yang hingga terpaksa menebalikkan kereta kerana terdapat mangsa yang dilanggar berada di bawah kereta terus disembunyikan.

Perdana Menteri . Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negeri wajar dipertanggungjawab terhadap segala apa yang berlaku . Tindakan brutaliti polis yang membelasah, menzalimi para demonstran benar-benar mengecewakan dan membuktikan tindakan tersebut adalah di atas arahan dan disokong oleh mereka malah menyokong segala tindakan brutaliti yang dilakukan oleh pihak polis.

SPR wajar dipersalahkan kerana atas ketidak ketelusan , berat sebelah dan tidak profesional badan yang seharusnya adil, telus dan profesional menyebabkan rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai BERSIH 3.0. Sekiranya SPR menjadi badan yang adil, telus dan profesional sudah pasti tidak wujud perhimpunan sepertimana BERSIH 1.0,2.0 dan 3.0. Pengerusi SPR , Timbalan Pengerusi SPR dan seluruh Jawatakuasa SPR wajar meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah secara adil, telus dan profesional.

Satu Suruhanjaya DiRaja wajar dibentuk bagi menyiasat dan mendakwa semua yang terlibat dalam tindakan zalim terhadap rakyat. Atau kita bersedia untuk BERSIH 4.0 BILA PARLIMEN DIBUBARKAN!

Muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...