PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 3 May 2012

anak bunuh ayah kemudian buat laporan palsu



IPOH: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menikam perut dan dada bapanya dengan dua pisau hingga mati awal pagi kelmarin dan kemudian membuat laporan palsu kepada polis kononnya bapanya diserang perompak.
Dia memberitahu polis perompak memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, menurut akhbar setempat.

Harian Metro melaporkan semalam anak sulung itu turut menyelerakkan perabot di rumahnya agar kelihatan seperti satu rompakan telah berlaku.

Ia memetik sumber polis sebagai berkata mangsa dalam kes pada 1.30 pagi itu Encik Jazwant Singh Udan Singh, 40 tahun, seorang jutawan kayu.

Menurut sumber itu, anaknya, seorang pelajar tingkatan tiga, membunuh beliau kerana berang akan perbuatan beliau sering memukul ibunya.

'Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Cik Kamaljit Kaur, 35 tahun, serta seorang lagi anak mereka, berusia 13 tahun, berada di rumah ibu mentuanya.

'Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai bertengkar dengan mangsa sebelum dia menikam bapanya dalam sebuah bilik di tingkat bawah.

'Suspek kemudian memandu kereta Mercedes Benz baru milik ayahnya ke balai polis Simpang Pulai dan membuat laporan polis kononnya rumah mereka dipecah masuk dan bapanya cedera,' kata sumber itu.

Polis bergegas ke rumah itu dan mendapati mangsa terbaring berlumuran darah manakala keadaan rumahnya seakan-akan telah digeledah.

Namun, polis mempersoalkan versi suspek mengenai apa yang berlaku lalu menyoal siasatnya sehingga dia mengaku membunuh bapanya dan menunjukkan tempat dia membuang pisau yang digunakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata remaja itu kini direman seminggu bagi membantu siasatan.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh kelmarin bagi mendapatkan perintah tahanan reman.


sumber : cyberita

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...