PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 26 March 2013

Video Lucah Nurul Izzah & Tan Sri Khalid pula tersebar??


Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.




Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".


NONE
Saifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.

"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya. 

Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual. 

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya. 

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...