PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 27 March 2013

Video Pelakon Popular mengaku melakonkan adegan haram kerana pengarah!!!


“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.


Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

Mengulas lebih lanjut mengenai babak panas tersebut, Rusdi Ramli turut akui yang dirinya tidak berdepan dengan sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora menerusi filem itu dan tidak menyangka adegan berkenaan akan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan penonton.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar. – MD




Memanglah nak tunjukkan ketulusan sebuah pernikahan, tapi perlu ke lakonkan babak berpelukan sambil tak berbaju? Matlamat tak menghalalkan cara!!!...

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...