PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 28 November 2011

PAS AKAN SERTAI BERSIH 3.0!!


Apabila Tuntutan Rakyat Pada Bersih 2.0 Tidak Dipedulikan Oleh Pemerintah... Inilah Yang Akan Menyusul

Jangan Salahkan Rakyat Jika BERSIH 3.0 Diadakan!!


Sunday, 27 November 2011

PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara. Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.
pkr congress 2011 271111 anwar speech 01
"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.

Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu. Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.

Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti. "Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.

"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan. Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu  "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008. "Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.

"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan. "Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti. "Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit? "Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi.

Salhan K Ahmad Msia kini

Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar


JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya dipenjarakan enam tahun, ada harga minyak turun? Politik antara kaum bertambah baik? Negara semakin sejahtera? Jadi semua yang berlaku selama ini bukan kerana Anwar," tegas Anwar di dalam ucapan penggulungannya di Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-8 di sini.

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."


TVS News

MB Pahang jadikan Kuantan sebagai ''tong sampah'' radioaktif?


JOHOR BAHRU 27 Nov: Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob bakal berdepan tindakan mahkamah kerana bertanggungjawab menjadikan Malaysia ‘tong sampah’ sisaradioaktif, kata Lee Chean Chung.
Ini kerana, kata perwakilan dari Pahang itu, Adnan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiarkan loji memproses nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia walaupun ia dibantah majoriti rakyat.

Cristiano Ronaldo jadi saksi skandal seks bebas PM


Kronologi skandal panas mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang membabitkan pelacur Morocco bawah umur, belum berakhir. Kali ini episod baru terbuka lagi, apabila mahkamah di Milan mengarahkan aktor tersohor Hollywood, George Clooney  dan bintang bola sepak Portugis, Cristiano Ronaldo tampil sebagai saksi pembelaan kes skandal Berlusconi.

SALAM MAAL HIJRAH 1433H


Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...