PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 31 January 2012

Video Panas: NFC Takut Terima Memo Dari Jingga13!


Pepatah Melayu ada menyebut, Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah! Inilah yang berlaku hari ini apabila Jingga13 iaitu sebuah NGO kanan PKR  hadir di Pejabat NFC Sdn Bhd di pusat perniagaan mewah Solaris Mont Kiara hanya semata-mata menyerahkan satu memorandum kepada NFC yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009. Apakah NFC sudah dalam ketakutan yang amat sangat sehingga tidak mahu menerima memorandom dari rakyat?


Lihatlah bagaimana baculnya wakil Pengerusi NFC sehingga sanggup berdolak-dalik memberi alasan untuk tidak menerima memorandum tersebut.

Nak Terima Memo pun susah ke? Takut kena buang kerja ke?

Sidang Media oleh Ketua Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa di depan Ibu Pejabat NFC 

KUALA LUMPUR, 31 Jan - National Fidlot Corporation (NFCorp) hari ini enggan menerima memorandum yang diserahkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa cuba menyerahkan memorandum tersebut di pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara di sini, namun Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat NFCorp, Khaidir Jamal enggan menerima memorandum tersebut.

Menurut Khaidir, NFCorp hanyalah merupakan satu entiti perniagaan dan tidak terlibat dalam politik, malahan, siasatan terhadap syarikat berkenaan masih berjalan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam dan pihaknya tidak dibenarkan menerima sebarang memorandum.

"Kami hanya orang berniaga, biar polis yang ambil tindakan. Siasatan sedang berjalan, biar pihak berkuasa yang tentukan" kata Khaidir yang turut menegaskan, kad kredit tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan.

Fariz dalam sidang medianya menuntut Salleh dan anak-anaknya mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat Jingga 13 itu.

"Kami mendesak Datuk Salleh membuat penjelasan berhubung salah laku penyalahgunaan dana awam ini.

"Kad kredit itu atas nama individu, nama beliau dan anak-anaknya, namun pembayaran sejumlah RM593,500 itu dibuat menggunakan wang NFC," tegasnya.

"Buktikan kepada rakyat sekiranya benar penggunaan kad kredit tersebut dibuat untuk kegunaan syarikat," tegasnya.

Anak-anak Pengerusi Eksekutif tersebut; Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah, dan Wan Shahinur Izmir merupakan Ahli Lembaga Pengarah NFCorp.

Menurut Fariz, pihaknya kecewa di atas keengganan NFCorp menerima memorandum tersebut kerana pihaknya hanya mahukan ketelusan dan bukti yang jelas sama ada kad kredit itu untuk kegunaan syarikat atau digunakan untuk tujuan berpoya-poya.

Tambah NGO pro PKR ini lagi, pihaknya telah dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk memberikan keterangan terhadap dakwaan-dakwaan yang dikemukan mereka terhadap NFC hari ini.

"Kani telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, dan Jingga 13 berharap, pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.

"Jingga 13 tidak mahu berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa sepertimana penangkapan ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail," tegasnya lagi.

Menurut Fariz, siasatan yang dibuat terhadap Shamsulbahrin amat berbeza kerana selepas laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan terbabit, pihak polis serta merta menangkap dan mendakwanya atas kesalahan menipu pengarah eksekutif NFCorp.

"Tindakan itu jelas melihatkan berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa," jelas Fariz.

PKR semalam membuat pendedahan terbaru terhadap skandal NFC dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.

NFCorp, yang dimiliki keluarga Shahrizat, telah dibekukan asetnya bagi memudahkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah dalam projek tersebut.

Ianya berikutan pendedahan bersiri yang dibuat PKR yang mendakwa sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk membeli tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak melibatkan projek tersebut oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.

Shahrizat turut menyaman Pengarah Strategik PKR dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana dakwaan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembangkang supaya mewujudkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal tersebut dengan menyatakan bahawa polis dan SPRM mampu menangani isu tersebut.

Projek ternakan lembu yang dibiayai kerajaan ini pada mulanya dilaporkan "bercelaru" oleh media selepas disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Istilah itu kemudiannya kerap digunakan oleh media untuk menjelaskan perihal NFC selepas PKR melancarkan siri-siri pendedahan untuk menunjukkan dana projek tersebut telah disalahgunakan.

NFCorp, yang telah diberikan projek berkenaan pada 2006 berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kerana telah membuat penjelasan bahawa beliau tidak memanggil syarikat tersebut "bercelaru" dalam laporan 2010 itu, dan mereka berpendapat kenyataan beliau itu akan membantu persepsi umum terhadap syarikat itu.

Shahrizat dijangka kembali bertugas pada 6 Febuari selepas bercuti selama tiga minggu untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.


Jika MCA dulu sanggup menerima memorandum (isu Presiden MCA hina Hukum Hududullah) dari Jingga13, apakah NFC tidak sanggup langsung menerima sekeping kertas memorandum pun dari Jingga13? Nampak sangat Pengerusi NFC ini BACUL & BERSALAH!!!


Dan ini pula sekitar gambar-gambar Jingga 13 terjah pejabat NFC..


Polis bantuan siap sedia berkawal

semakin ramai polis bantuan datang di bawah pejabat NFC




Polis bantuan naik ke tingkat atas meminta Jingga 13 beredar..



[Video] Lim Guan Eng : Najib Perompak Wang Rakyat?


KUALA LUMPUR, 29 JAN: DAP mahu Datuk Seri Najib Razak menjelaskan segera kepada rakyat tentang projek lebuh raya Banting-Taiping sepanjang 316km yang menimbulkan banyak persoalan tentang ketelusan dan prestasi syarikat yang terlibat.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada konsesi lebuh raya itu  selama 60 tahun yang berjumlah RM7.07 bilion sebagai permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit.

Menurutnya rakyat perlu tahu dengan jelas tentang  projek itu yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuh raya itu yang melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3% untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah.

Katanya Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.
“DAP berasa curiga kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:

1.Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?

2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?

3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?

4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4% serta subsidi faedah 3% untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.

5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?

6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?

7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.
“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal seumpama Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walau pun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.

Beliau menjelaskan bahawa kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
“Kenapa pengendali NSE dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?
“Cukup, cukuplah! Kerana itulah Pakatan Rakyat menekankan pemansuhan tol NSE.
“Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal NSE. Perdana Menteri haruslah menjawab tujuh soalan di atas untuk memastikan kepentingan awam dijaga dan dipelihara dalam perjanjian RM7.07 bilion dan konsesi 60 tahun Europlus ini,” ujarnya. –
sumber: Roketkini

Video : Presiden PAS Mahu "Undur Diri"?

GOMBAK, 30 Jan: Ketika diminta memperjelaskan laporan media kononnya beliau tidak mahu bertanding pada PRU akan datang, Abdul Hadi berkata perkara itu adalah biasa kerana akhlak seorang muslim yang baik adalah tidak meminta jawatan.




Memorandum: Jingga 13 Akan Menyerang Ibu Pejabat NFC Esok?

Penyerahan Memorandum Desakan 

Kepada NFCUntuk Dedah Butir Perbelanjaan 

Kad Kredit RM593,500


Jingga 13 terus komited dalam siri untuk membongkar penyelewengan dan juga pecah amanah yang berlaku apatah lagi melibatkan wang rakyat. 

Isu NFC sudah memasuki tahap dimana rakyat perlu tahu kemana setiap sen peruntukkan pinjaman kerajaan bernilai RM250 juta itu dibelanjakan. 

Jingga 13 telah melakukan laporan polis berkenaan perbelanjaan kad kredit oleh lembaga pengarah NFC yang berjumlah RM 593,500...

Dan esok jam 10 pagi, Sdr Vickneswaran akan dipanggil untuk beri keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Bukit Aman dihadapan DSP Ahmad Sukarno Bin Mohd Zahari (Bahagian Kad Kredit)

Serentak dengan itu Jingga 13 akan ke ibu pejabat National Feedlot Corporation Sdn Bhd..

Bertarikh  : 31 Januari 2012 (ESOK)
Jam : 2.00 petang, 
Di alamat : L-3A, No 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur.

Bagi penyerahan memorandum desakan agar NFC mendedahkan butir perbelanjaan yang dilakukan oleh Datuk Dr Salleh Ismail, Wan Izmir, Wan Izran dan Wan Izzana. 

Jingga 13 akan menyerahkan 4 memorandum berasingan beserta penyata perbelanjaan kepada setiap mereka mengikut kad kredit masing-masing dan akan meminta mereka segera mengisytiharkan apa yang dibelanjakan serta apakah benar setiap sen digunakan untuk kegunaan syarikat. 

Oleh demikian, Jingga 13 dengan penuh hormat menjemput semua rakan wartawan untuk hadir ke penyerahan memorandum ini dan kehadiran semua rakan wartawan amatlah dihargai. 

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13

Video: "Kambing Hitam" NFC Terima SMS Datuk Salleh Untuk Rasuah Polis



PETALING JAYA, 30 JAN: PKR hari ini meminta pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi maklumbalas berhubung laporan polis oleh Datuk Samsulbahrin Ismail bahawa beliau ada menyimpan pesanan ringkas SMS dari Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya membayar rasuah kepada polis bagi menutup kes penyelewengan NFC. 

Pendedahan tersebut ekoran laporan polis oleh Samsulbahrin pada 27 Januari lalu berhubung pelbagai ugutan dan tekanan yang diterima beliau dari pengerusi NFC tersebut. Samsulbahrin yang kini sedang ditekan di penjara Sungai Buluh telah mengarahkan para peguam beliau untuk mendedahkan skandal penyelewengan yang membabitkan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ikuti pendedahan selanjutnya melalui video ini!!


Inilah sebenarnya yang berlaku kepada Samsubahrin (Kambing Hitam yang diupah  untuk merasuah Pihak Polis oleh NFC) yang kini masih berada di Penjara Sungai Buloh kerana takut akan keselamatannya!! 


sumber: TVSelangor

Monday, 30 January 2012

Amaran DSAI: Jangan Putar Belitkan Kenyataan Saya!!!

KEADILAN: Kenyataan Anwar selari Hamas, gerakan Islam



KUALA LUMPUR 30 Jan:  Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solutionyang  turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,
“Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju.
“Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kira politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel.
Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.


“Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik.
“Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB,” kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu.
“Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman,” ujar beliau.
Anwar dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan  KEADILAN yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
“Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
“Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York.
Bagaimanapun kata Anwar, kesediaan untuk mematuhi prinsip itu bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
“Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin,” tegas beliau.
sumber : Keadilan Daily 

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...