Penyerahan Memorandum Desakan
Kepada NFCUntuk Dedah Butir Perbelanja an
Kad Kredit RM593,500
Jingga 13 terus komited dalam siri untuk membongkar penyelewengan dan juga pecah amanah yang berlaku apatah lagi melibatkan wang rakyat.
Isu NFC sudah memasuki tahap dimana rakyat perlu tahu kemana setiap sen peruntukkan pinjaman kerajaan bernilai RM250 juta itu dibelanjakan.
Jingga 13 telah melakukan laporan polis berkenaan perbelanjaan kad kredit oleh lembaga pengarah NFC yang berjumlah RM 593,500...
Dan esok jam 10 pagi, Sdr Vickneswaran akan dipanggil untuk beri keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Bukit Aman dihadapan DSP Ahmad Sukarno Bin Mohd Zahari (Bahagian Kad Kredit)
Serentak dengan itu Jingga 13 akan ke ibu pejabat National Feedlot Corporation Sdn Bhd..
Bertarikh : 31 Januari 2012 (ESOK)
Jam : 2.00 petang,
Di alamat : L-3A, No 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur.
Bagi penyerahan memorandum desakan agar NFC mendedahkan butir perbelanjaan yang dilakukan oleh Datuk Dr Salleh Ismail, Wan Izmir, Wan Izran dan Wan Izzana.
Jingga 13 akan menyerahkan 4 memorandum berasingan beserta penyata perbelanjaan kepada setiap mereka mengikut kad kredit masing-masing dan akan meminta mereka segera mengisytiharkan apa yang dibelanjakan serta apakah benar setiap sen digunakan untuk kegunaan syarikat.
Oleh demikian, Jingga 13 dengan penuh hormat menjemput semua rakan wartawan untuk hadir ke penyerahan memorandum ini dan kehadiran semua rakan wartawan amatlah dihargai.
Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13