NUSAJAYA, 3 Feb 2012: Tingkat bawah rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti telah hangus terbakar akibat sabotaj pihak tertentu pada kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi tadi.
Ketika kebakaran ini berlaku, seramai 7 orang termasuk beliau berada di dalam rumah tersebut yang juga mengakibatkan berlakunya 2 kali letupan yang kuat dari kereta yang terbakar.
"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"
"Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.
Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.
Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.Ketika kebakaran ini berlaku, seramai 7 orang termasuk beliau berada di dalam rumah tersebut yang juga mengakibatkan berlakunya 2 kali letupan yang kuat dari kereta yang terbakar.
"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"
"Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.
Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.
"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"
"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.