PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 31 January 2012

Video Panas: NFC Takut Terima Memo Dari Jingga13!


Pepatah Melayu ada menyebut, Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah! Inilah yang berlaku hari ini apabila Jingga13 iaitu sebuah NGO kanan PKR  hadir di Pejabat NFC Sdn Bhd di pusat perniagaan mewah Solaris Mont Kiara hanya semata-mata menyerahkan satu memorandum kepada NFC yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009. Apakah NFC sudah dalam ketakutan yang amat sangat sehingga tidak mahu menerima memorandom dari rakyat?


Lihatlah bagaimana baculnya wakil Pengerusi NFC sehingga sanggup berdolak-dalik memberi alasan untuk tidak menerima memorandum tersebut.

Nak Terima Memo pun susah ke? Takut kena buang kerja ke?

Sidang Media oleh Ketua Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa di depan Ibu Pejabat NFC 

KUALA LUMPUR, 31 Jan - National Fidlot Corporation (NFCorp) hari ini enggan menerima memorandum yang diserahkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa cuba menyerahkan memorandum tersebut di pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara di sini, namun Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat NFCorp, Khaidir Jamal enggan menerima memorandum tersebut.

Menurut Khaidir, NFCorp hanyalah merupakan satu entiti perniagaan dan tidak terlibat dalam politik, malahan, siasatan terhadap syarikat berkenaan masih berjalan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam dan pihaknya tidak dibenarkan menerima sebarang memorandum.

"Kami hanya orang berniaga, biar polis yang ambil tindakan. Siasatan sedang berjalan, biar pihak berkuasa yang tentukan" kata Khaidir yang turut menegaskan, kad kredit tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan.

Fariz dalam sidang medianya menuntut Salleh dan anak-anaknya mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat Jingga 13 itu.

"Kami mendesak Datuk Salleh membuat penjelasan berhubung salah laku penyalahgunaan dana awam ini.

"Kad kredit itu atas nama individu, nama beliau dan anak-anaknya, namun pembayaran sejumlah RM593,500 itu dibuat menggunakan wang NFC," tegasnya.

"Buktikan kepada rakyat sekiranya benar penggunaan kad kredit tersebut dibuat untuk kegunaan syarikat," tegasnya.

Anak-anak Pengerusi Eksekutif tersebut; Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah, dan Wan Shahinur Izmir merupakan Ahli Lembaga Pengarah NFCorp.

Menurut Fariz, pihaknya kecewa di atas keengganan NFCorp menerima memorandum tersebut kerana pihaknya hanya mahukan ketelusan dan bukti yang jelas sama ada kad kredit itu untuk kegunaan syarikat atau digunakan untuk tujuan berpoya-poya.

Tambah NGO pro PKR ini lagi, pihaknya telah dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk memberikan keterangan terhadap dakwaan-dakwaan yang dikemukan mereka terhadap NFC hari ini.

"Kani telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, dan Jingga 13 berharap, pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.

"Jingga 13 tidak mahu berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa sepertimana penangkapan ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail," tegasnya lagi.

Menurut Fariz, siasatan yang dibuat terhadap Shamsulbahrin amat berbeza kerana selepas laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan terbabit, pihak polis serta merta menangkap dan mendakwanya atas kesalahan menipu pengarah eksekutif NFCorp.

"Tindakan itu jelas melihatkan berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa," jelas Fariz.

PKR semalam membuat pendedahan terbaru terhadap skandal NFC dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.

NFCorp, yang dimiliki keluarga Shahrizat, telah dibekukan asetnya bagi memudahkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah dalam projek tersebut.

Ianya berikutan pendedahan bersiri yang dibuat PKR yang mendakwa sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk membeli tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak melibatkan projek tersebut oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.

Shahrizat turut menyaman Pengarah Strategik PKR dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana dakwaan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembangkang supaya mewujudkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal tersebut dengan menyatakan bahawa polis dan SPRM mampu menangani isu tersebut.

Projek ternakan lembu yang dibiayai kerajaan ini pada mulanya dilaporkan "bercelaru" oleh media selepas disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Istilah itu kemudiannya kerap digunakan oleh media untuk menjelaskan perihal NFC selepas PKR melancarkan siri-siri pendedahan untuk menunjukkan dana projek tersebut telah disalahgunakan.

NFCorp, yang telah diberikan projek berkenaan pada 2006 berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kerana telah membuat penjelasan bahawa beliau tidak memanggil syarikat tersebut "bercelaru" dalam laporan 2010 itu, dan mereka berpendapat kenyataan beliau itu akan membantu persepsi umum terhadap syarikat itu.

Shahrizat dijangka kembali bertugas pada 6 Febuari selepas bercuti selama tiga minggu untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.


Jika MCA dulu sanggup menerima memorandum (isu Presiden MCA hina Hukum Hududullah) dari Jingga13, apakah NFC tidak sanggup langsung menerima sekeping kertas memorandum pun dari Jingga13? Nampak sangat Pengerusi NFC ini BACUL & BERSALAH!!!


Dan ini pula sekitar gambar-gambar Jingga 13 terjah pejabat NFC..


Polis bantuan siap sedia berkawal

semakin ramai polis bantuan datang di bawah pejabat NFC




Polis bantuan naik ke tingkat atas meminta Jingga 13 beredar..



Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...