PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 4 November 2011

Seksualiti merdeka sejak 2008 lagi,bukan 2011 !

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program Seksualiti Merdeka sejak 2008 lagi.
Justeru, Mapim mendesak Perdana Menteri tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya  kerana mahu mendapat sokongan mereka.
“Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan,” kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, Mapim tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas, tetapi ia tidak boleh sama sekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam  sebagai hak .

Ribuan demo berkumpul untuk membantah KETAMAKAN KORPORAT!

BANTAH SIKAP TAMAK: Para penunjuk perasaan berarak memasuki Pelabuhan Oakland, di California, kelmarin
OAKLAND: Ribuan penunjuk perasaan gerakan 'Occupy Wall Street' telah memaksa operasi di pelabuhan kelima paling sibuk di Amerika Syarikat dihentikan kelmarin.Polis menganggarkan sekitar 3,000 orang telah berhimpun di Pelabuhan Oakland setelah berarak dari kawasan bandar di California sementara yang lain datang menaiki bas.Jurucakap pelabuhan, Encik Isaac Kos-Read, berkata operasi maritim di situ terpaksa dihentikan.

Bukti kerajaan bn menipu rakyat lagi (projek lembu umno)

GEMAS, 3 Nov : Hasrat rombongan pimpinan PKR ke Pusat Fidlot Nasional hari ini gagal apabila dilarang memasuki kawasan ladang lembu tersebut.

Pihak pengawal keselamatan yang bertugas melarang rombongan yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan pihak media. 

Walaupun pihaknya cuba berunding dan menjelaskan bahawa PKR telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Thursday, 3 November 2011

Projek PINTAR barisan nasional RM 256 Juta telah siap dengan gemilang,terbilang dan temberang!

Kem Skudai : Wikipedia [ sila baca ] Projek yang bernilai Rm256 juta inilah hasilnya, hanya TIANG-TIANG EMAS dipacak, penuh dengan tentera lalang.


Barisan Nasional telah membelanja RM 256 Juta untuk pembikinan Kem Tentera di skudai, Johor. 

Namun, projek itu telah siap dengan temberang, perkara ini didedahkan oleh beberapa rakyat berbangsa Cina di Johor yang begitu peka dengan ekonomi malaysia, demi menyelamatkan Malaysia. Tetapi melayu umno masih memperbodohkan rakyat Malaysia terutama melayu sendiri.

18 kena kompaun sebab hisap rokok dalam pejabat

gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 18 orang dikompaun kerana merokok di tempat kerja berhawa dingin berpusat dalam operasi besar-besaran Kementerian Kesihatan di pejabat swasta seluruh negara pada 25 Oktober lalu. 

Demo lagi, Najib tak tenang ler di Mekah

Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

NONEPiket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...